Tidak cukup degan videonya memarahi dan dikatakan merendah-rendahkan pelajar dari golongan B40, tular lagi satu video seorang pensyarah dari Institut Pendidikan tempatan memarahi pelajar lain kerana lambat.
Dalam video berdurasi 1 minit 17 saat yang tular di Twitter sehingga meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets dalam masa 9 jam ia dikongsikan itu.
“Semua lecturer takkan melawan aku, rektor takkan melawan aku.”
Dalam rakaman video sesi panggilan video itu, ia dilihat seperti berada dalam satu kelas online, dia menyoal salah seorang pelajar mengenai kelewatannya.
Selepas pelajar itu mengemukakan alasannya, pensyarah tersebut dilihat seperti tidak mahu menerima alasannya, bahkan dia menegaskan bahawa ramai pihak tidak berani melawannya termasuklah rektor sebelum memberikan amaran akan dihalau jika lambat lagi.

Ada yang mendakwa bahawa dalam video yang sebelum ini, pelajar B40 tersebut dikatakan sudah tamat belajar. Berita Harian melaporkan bahawa kejadian dalam video itu berlaku pada semester lepas.
Boleh tengok video penuh disini.

Oleh sebab itu, ada netizen menjelaskan bahawa dia memahami keadaan pelajar tersebut selepas menonton video kedua ini yang mana dia beranggapan ia amat menggerunkan.
Selain kecaman, ada bermacam jenis tohmahan dilemparkan kepada pensyarah tersebut kerana cara penggunaan bahasanya yang dikatakan kasar sehinggakan menggelarkan pengajar lain menggunakan ayat yang kurang enak.

Sebelum ini, video pertama itu tular sehingga mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan mengarahkan pihak universiti tersebut untuk tampil beri penjelasan, lapor MSN News.
Oleh itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor tampil beri keterangan bahawa pihaknya kini dalam penelitian termasuk tindakan yang akan diambil terhadap pensyarah itu.
Walaubagaimanapun, ada segelintir pihak anggap ia hanya satu ketegasan daripada seorang pengajar dan pelajar harus berhati ‘kental’.
Baca : “Apa salah B40?”- Bengang Pelajar Tiada Komputer, Kenyataan Pensyarah Ini Buat Ramai ‘Panas’

