Pada 16 Mei 2024 yang lalu, negara kita meriah dengan sambutan hari guru serta hadiah-hadiah kreatif yang diberikan oleh para pelajar kepada cikgu kesayangan mereka.
Cerita tentang hari guru pada minggu lepas ternyata belum lagi berakhir apabila seorang guru yang bernama Cikgu Faizal telah memuat naik video dirinya membuka kesemua hadiah yang diterima.
Unboxing setiap hadiah, nampak sangat teruja!
Cikgu Faizal melalui TikTok miliknya menghargai setiap pemberian oleh anak murid malah dia mengumpulkan kesemua hadiah tersebut dan membukanya satu persatu.
Artikel berkaitan: Cikgu Terkejut, Anak Murid Hadiahkan Rotan Pada Hari Guru
Artikel berkaitan: “Yang ni paling win!” – Murid Hadiahkan Cikgu Sejambak Ulam Buat Ramai Tersentuh
Bagaimanapun, reaksi spontan dan teruja oleh Cikgu Faizal pasti membuatkan setiap orang yang melihatnya rasa dihargai dan salah satu hadiah yang diterima adalah keychain tali cetakan namanya ‘Cikgu Az Faizal’.
Terima kasih Az Zahra. Pemberian awak ni saya akan simpan sampai bila-bila. Walau apapun pemberian, kita perlu hargainya.
Selain itu, ada beberapa hadiah lain yang dibungkus dalam beg kertas kecil yang berisi makanan ringan, pen dan sebagainya. Lebih terharu, Cikgu Faizal membaca setiap ucapan yang diletakkan pada setiap hadiah tersebut.
@azfaizalaziz InsyaAllah, segala hadiah yg diberikan akan nanti cikgu manafaatkan sebaiknya#KongsiBersama #cikgupenyayang #tiktokviral #kongsikebaikan #hariguru2024 #fypシ゚viral
“Saya guna untuk manfaat pahala mengalir…”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat reaksi Cikgu Faizal yang amat teruja membuka setiap hadiah hari guru yang diterimanya. Bagi Cikgu Faizal, setiap hadiah tersebut haruslah dihargai dan dimanfaatkan sebaiknya.
Rupa-rupanya, Cikgu Faizal pernah tular sebelum ini kerana videonya yang meminta setiap anak murid merasai makanan potluck yang dibawa oleh rakan sekelas.
Kalau min jadi student cikgu ni.. berair dah mata..
Sumber: TikTok