Berita baik untuk peminat Marvel Cinematic Universe (MCU)! Doctor Strange in the Multiverse of Madness, yang merupakan sekuel kepada filem adiwira itu bakal bertemu dengan penonton di Malaysia pada 4 Mei tahun ini!
Lebih menarik lagi, tayangan filem tersebut juga jatuh pada hari kedua Raya Aidilfitri ini dan peminat MCU akan dapat menonton filem itu dua hari lebih awal dari tayangan di Amerika Syarikat.
Filem ini diterajui oleh Benedict Cumberbatch yang memegang watak Doctor Strange iaitu seorang pakar bedah saraf yang dalam proses penyembuhan mental serta fizikal selepas kemalangan dan ‘diserap’ ke dunia seni mistik.
Dalam trailer Doctor Strange in The Multiverse of Madness, Dr. Stephen Strange ‘melemparkan’ mantra terlarang yang membuka pintu kepada multiverse, termasuk versi alternatif dirinya dan ancamannya terhadap manusia terlalu besar untuk gabungan Doctor Strange, Wong dan Wanda Maximoff.
Kalau korang nak tahu apa jadi dekat Doctor Strange, jangan lupa set kalendar 4 Mei ini ok? Bawak kuih raya sekali okay hehe!
Sumber: IMDB
Baca: Parodi ‘Anti-Spoiler’ – Spider-Man Dah Macam Filem Betul, Ramai Suruh Marvel Rekrut Sofyank