in

Rawatan Covid-19 Guna Paxlovid Keluaran Pfizer Diluluskan Di Singapura

3Ubat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Singapura telah meluluskan penggunaan Paxlovid keluaran syarikat perubatan Pfizer untuk merawat pesakit yang disahkan positif Covid-19.

Screenshot 2022 02 06 At 2.29.18 Pm

Penggunaan Paxlovid ini adalah ubat telan pertama seumpamanya untuk merawat Covid-19. Menurut laporan Straits Times, Paxlovid hanya digunakan untuk mereka yang positif Covid-19 bergejala ringan sehingga ke bergejala sederhana yang mempunyai risiko kesihatan lain. Ini adalah untuk mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.


Badan Kesihatan Sains Singapura memaklumkan republik itu meluluskan kebenaran sementara untuk penggunaan Paxlovid iaitu kombinasi 2 jenis ubat; nirmmatrelvir (ubat anti-viral) dan ritonavir (ubat pengekalkan kadar darah untuk keberkesanan nirmatrelvir).

Screenshot 2022 02 06 At 2.28.31 Pm

Paxlovid boleh diambil 2 kali sehari untuk 5 hari selepas pesakit disahkan menghidapi Covid-19 dan mempunyai gejala. Ianya hanya akan diberikan kepada pesakit yang mempunyai risiko tinggi, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura.

Untuk rekod, ujian klinikal menunjukkan Paxlovid berkesan untuk mengurangkan risiko kemasukan hospital dan kematian akibat Covid-19 sebanyak 88.9% selepas diberikan dalam tempoh 3 hari pertama selepas jangkitan.

 

Baca: Saintis China Dakwa Dah Jumpa Penawar Untuk Varian Omicron

Screenshot 2022 02 06 At 1.08.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.