in

Ratu Elizabeth II Positif Covid-19 Pada Usia 95 Tahun

Untitled design 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari Ahad (semalam), Istana Buckingham, London telah mengumumkan bahawa Ratu Elizabeth II dijangkiti Covid-19.

Permaisuri yang berusia 95 tahun itu kini mengalami gejala ringan seperti selsema, bagaimanapun beliau akan terus menjalankan tugas-tugas ringan minggu ini.


“Beliau akan terus menerima rawatan perubatan dan akan mengikuti semua garis panduan yang telah ditetapkan,” dalam kenyataan itu. Menurut laporan, Ratu Elizabeth telah divaksinasi sepenuhnya.

Putera Charles juga dijangkiti Covid-19

Sebelum ini, anak sulung Ratu Elizabeth , Putera Charles dan menantunya Camilla, Duchess of Cornwall dijangkiti Covid-19 awal bulan ini.

Difahamkan, Putera Charles telah kembali bekerja dan dalam laporan yang sama, terdapat juga beberapa kes wabak tersebut dalam kalangan kakitangan di Istana Windsor, di mana Ratu Elizabeth tinggal.

Menurut Paul Hunter yang merupakan seorang pakar penyakit berjangkit di Universiti Anglia Timur, berkata Ratu Elizabeth berkemungkin akan diberikan salah satu daripada beberapa ubat antivirus yang telah diluluskan di United Kingdom (UK) untuk merawat penyakit berjangkit itu.

Sebagai info, Ratu Elizabeth merupakan seorang yang sangat sihat sepanjang pemerintahannya dan pernah dilihat menunggang kuda baru-baru ini walaupun sudah berusia lebih 95 tahun. Beliau juga baru sahaja menyambut ulangtahun pemerintahannya yang ke 70 awal Febuari lalu.

Baca: Membanggakan! Uncle Kentang Bakal Terima Anugerah ‘Points Of Light’ Daripada Queen Elizabeth II

Untitled design 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.