Impiannya untuk menukar jantina tercapai selepas Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendakwa dirinya kini diisytihar sebagai seorang wanita.
Dia meluahkan rasa gembira kerana keiinginannya itu diiktiraf setelah diluluskan oleh kerajaan Australia.
Rasa seperti dilahirkan semula – Sajat
Menerusi mStar Online, Sajat menjelaskan bahawa dia kini sudah bebas untuk menjadi dirinya yang sebenar.
“Saya bangga dengan diri sendiri, saya memang mahu tukar status jantina, saya nak bahagia dan mahu orang terima saya.”
Tambahnya, dia lebih selesa menggunakan nama Nur Sajat memandangkan semua orang mengenalinya dengan nama tersebut.
“Saya bangga dengan nama Nur Sajat. Satu dunia kenal nama ini. Nama ni satu dalam sejuta tau.”
Untuk rekod, Sajat telah membuat keputusan untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober lepas kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Baca : “Masuk pulak tempo!”- [VIDEO] Ini Respon Amsyar Lee Lepas Tengok Remix Lagunya Dengan Sajat