in

“Rasa nak menangis tengok” – Ramai Terharu Lihat Persembahan Tun Hasmah & Siti Nurhaliza Atas Satu Pentas

tun siti hasmah dan siti nurhaliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penuh emosi… Persembahan eksklusif Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Tun Dr Siti Hasmah dalam Okestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia (SOM) di Dewan Tun Canselor, MMU ternyata menyentuh hati ramai pihak.

Alunan melodi indah gesekan biola yang dimainkan Tun Hasmah sambil diiringi vokal merdu Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu Gubahanku telah mendapat sambutan hangat penonton pada malam semalam.


Ia juga disulami dengan rasa sebak di hati ramai setelah melihat dua ikon hebat negara itu saling berpelukan setelah selesai membuat persembahan di atas pentas.

Artikel berkaitan: “Ni baru betul Konsert Cinta Di Awan” – Penumpang Teruja Dapat Lihat Persembahan Siti Nurhaliza ‘Live’ Dalam Pesawat

Artikel berkaitan: Tiba-tiba Rebah & Koma 5 Hari, Lelaki Tersedar Selepas Dapat ‘Voicenote’ Dari Siti Nurhaliza

Sebelum persembahan bermula, Tun Hasmah dilihat dibawa naik ke atas pentas menggunakan kerusi roda dan kemudiannya mempamerkan kebolehan menggesek biola mengiringi persembahan Siti meskipun negarawan itu kini sudah berusia 99 tahun.

Berkongsi perasaan di atas pentas, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini berkata, dia sangat terharu apabila penyanyi nombor satu negara itu mengundangnya untuk mengiringi persembahan.

Saya terharu apabila Siti suruh saya main biola malam ini (tadi). Siti yang ajar saya lagu Gubahanku,” katanya sambil disahut sorakan penonton.

WhatsApp Image 2025 08 28 at 12.13.47 AM 1756313877

Dalam pada itu, Siti yang menyanyikan lagu Gubahanku rakaman asal penyayi legenda Indonesia, Broery Marantika itu berkata, dia juga bersyukur apabila dapat sepentas dengan Tun Hasmah.

Saya bersyukur kerana dapat sepentas dan menyanyi dengan iringan biola Tun Siti Hasmah yang saya hadiahkan kepada beliau, beberapa tahun lalu.

“Sebenarnya, ketika latihan pada sebelah siang, saya sebak dan sukar sempurnakan nyanyian. Namun, saya kuatkan hati agar malam ini (tadi) dapat menyanyi dengan baik,” katanya.

Siti juga menyifatkan persembahannya dengan Tun Hasmah sebagai mengagumkan dan sempat berkongsi ‘minus one’ lagu tersebut kepada isteri Tun Mahathir ini serta OTM untuk disesuaikan dengan nada suaranya.

Saya terharu apabila Tun Siti Hasmah bercerita beliau gigih berlatih. Alhamdulillah, persembahan beliau malam ini (tadi) sangat mengagumkan,” kata Siti lagi.

“Rasa sebak pula tengok Siti dengan Tun Hasmah” 

Gelora emosi juga bukan sahaja dirasakan penonton di okestra berkenaan, namun netizen yang melihat video tular dari persembahan itu juga meluahkan rasa terharu mereka.

Rata-rata terasa sebak melihat persembahan itu dan memuji keakraban dua orang individu yang berada di atas pentas berkenaan.

komen siti hasmah

Sumber: Berita Harian, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.