Nama Malaysia sekali lagi berada di mata dunia apabila seorang penyanyi kelahiran Pulau Pinang menjuarai pertandingan realiti nyanyian The Next di China.
Penyanyi yang dikenali sebagai Jeryl Lee Pei Ling yang berusia 23 tahun itu mengalirkan air mata gembira selepas diumumkan sebagai juara pertandingan tersebut memandangkan ianya sesuatu yang luar dari jangkaannya.
Dalam sebuah posting di Instagram miliknya, Jeryl berkongsi kisah perjalanan kariernya yang sudah pun bermula sejak 15 tahun lalu, dia mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi dia berjaya membuktikan kebolehannya.
View this post on Instagram
“Kali ini, saya boleh cakap dengan yakin saya berjaya lakukannya. Saya takkan hampakan anda semua,” tulisnya.
Menurut laporan New Straits Times, dia mula menyanyi dari usia lapan tahun dan sejak itu mencuba nasib dengan bertanding dalam pelbagai pertandingan nyanyian di China.
Dia juga pernah menyertai pertandingan nyanyian remaja Water Cube Cup China pada tahun 2014 dan pada tahun 2016, dia menjadi finalis dalam program nyanyian Sing! China.
Tahniah!
Sumber: Instagram, New Straits Times