Ibu seumur 38 tahun dah dapat jadi nenek setelah anaknya 16 tahun tak sengaja buatkan teman wanita dia mengandung.
Ibu bersama suaminya yang berumur 42 tahun itu kini menjadi atuk dan nenek sepenuh masa untuk jaga cucu diaorang macam anak sendiri. Berbeza dengan ibu bapa lain yang susah untuk terima hakikat anaknya mengandungkan orang lain, pasangan ini pasrah malah rela jaga cucunya itu.
Baru dapat rasa parenting sebab masa muda sibuk kerja

Menerusi Oriental Daily, pasangan dari Taiwan ini dah kahwin awal dan dikurniakan anak semasa mereka masih muda. Disebabkan itu, mereka terpaksa suruh ibu kepada si bapa ni untuk jagakan anak-anak mereka sebab mereka kena bekerja.
Jadi, mereka jarang luangkan masa dengan anak mereka. Tanpa diduga, bila anaknya dah menjangkau umur 16 tahun, anaknya ‘mengandungkan’ teman wanitanya.

Mereka pun jagalah bayi itu, masa ini lah mereka rasa macam baru pertama jadi ibu bapa. Mereka sampai terpaksa buka internet untuk belajar parenting skill sebab sepanjang si anaknya membesar mereka sibuk bekerja.

Si ibu ni sekarang sanggup berhenti kerja untuk jaga cucunya. Katanya kalaulah itu anak dia sendiri, dia pasti akan jaga seeloknya. Malah si ibu ini luah katanya cucunya ini dah macam anak dia sendiri berbanding anak kandungnya.
Menurut si bapa pula, dia hanya mempunyai empat hari untuk membuat persediaan mental untuk menjadi seorang atuk memandangkan dia baru tahu kehamilan teman wanitanya itu empat hari sebelum cucunya dilahirkan.

Katanya lagi, teman wanita anaknya tu sendiri baru tahu yang dia mengandung semasa kandungan berusia 37 minggu lepas buat ujian kehamilan. Dia buat pemeriksaan ultrasound dan bersalin 4 hari kemudian.
Walaupun dia bahagia menjadi atuk dan diberi peluang kedua untuk merasai parenting lagi, dia ada menasihati anak remajanya itu untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Mungkin mereka cuba terima dari sudut positif sebab silap mereka abaikan anak, sekarang ada peluang untuk didik dengan baik.