Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan anak kepada usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida, iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B bermain telefon pintarnya ketika berada di dalam kelas.
Video itu memaparkan Cik B menggunakan telefon pintarnya ketika di dalam kelas meskipun pensyarahnya sedang mengajar di hadapan.
Artikel berkaitan: “Dream house Cik B” – Dato Vida Kongsi Video ‘House Tour’ Rumah Cik B Di Barcelona
Artikel berkaitan: “Tak riak, 300K lah’ – Giliran Cik B Kena ‘Interview’, Netizen Ternganga Tengok Harga OOTD
@cikb_salmonskin_hq today cikb dalam class bkn dgn kwn,, bkn dengan PA,, tapi ditemani oleh mama🤭🥰#masukberandafyp #pageforyou #cikbhavoc #fypdongggggggg #fyp #fypシ゚viral #datoserivida #viraltiktok
♬ original sound – CIK B SALMON SKIN HQ – CIK B SALMON SKIN HQ
Menerusi kapsyen hantaran tersebut, video itu difahamkan dirakam oleh ibunya sendiri yang menemaninya dalam kelas tersebut.
Ramai netizen yang mengatakan Cik B tidak menghormati pensyarah kelas tersebut serta tidak beradab.
Pun begitu, susulan video itu tular, Cik B menerusi laman TikTok yang sama mengeluarkan kenyataan bahawa tindakannya itu bukanlah seperti yang disangka.
Difahamkan, Cik B menggunakan telefon itu sebagai rujukannya ketika berada di dalam kelas.
@cikb_salmonskin_hq Replying to @Cherry cikb terima dengan hati terbuka😊 #masukberandafyp #pageforyou #cikbhavoc #fypdongggggggg #fyp #fypシ゚viral #datoserivida
“Mungkin masa mama record Cik B, korang rasa Cik B tak fokus pun apa pensyarah tu cakap, Cik B fokus je korang.
Tak semua perlu tunjuk, cara Cik B fokus study cara Cik B explain ke pensyarah Cik B. Selebihnya biarlah Cik B je yang tahu apa Cik B buat,” tulisnya.
Sebagai info, Cik B kini sedang meneruskan pengajiannya di sebuah universiti di Sepanyol sejak bulan Oktober lalu.
Sumber: TikTok