Beberapa hari lepas, telah tular tentang video Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura yang menghina Orang Kelainan Upaya (OKU) menerusi video live yang dibuat. Hal in telah menyebabkan dirinya menerima kecaman sekali lagi.
Isu tersebut turut mendapat perhatian Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang juga wakil OKU dan menggesa agar Kak Long untuk segera membuat permohonan maaf serta melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang lain.
Ujarnya dalam Bernama, tindakan mempersendakan OKU bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan sebagai ‘content’ dalam media sosial sesuka hati malah jauh sekali untuk menjadikan seseorang itu terkenal.
“Saya harap semua pihak dapat menjaga sensitiviti dan hormat kepada OKU kerana kita kena ingat yang satu hari nanti semua akan jadi OKU.” – Ras Adiba
Ras Adiba turut menegaskan bahawa isu ini bukanlah pertama kali berlaku kerana Penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya 2008 telah mula lemah dan tidak diambil berat menyebabkan orang ramai terus mempersendakan OKU.
Bukan itu saja, beliau mengatakan bahawa penguatkuasaan akta tersebut oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat menjanjikan aspek perlindungan serta keselamatan bagi golongan OKU dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.
Semoga apa yang terjadi ni, jadi pengajaran untuk kita ya… Kita sama-sama doakan Kak Long ni dah serik dengan tindakan dia okay?
Baca: “Apa salah saya?” – Usahawan Dikecam Netizen, ‘Dituduh’ Jadi Punca ‘Kak Long’ Tak Makan ‘Saman’