in

Rambut Wanita Yang Telah Dipotong Masih Dikira Aurat – Mufti Wilayah Persekutuan

Rambut Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menutup aurat menjadi kewajipan buat semua penganut agama Islam, ia secara langsung dapat menjaga kehormatan seseorang Muslim.

Terbaru, sebuah perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyatakan rambut wanita yang telah dipotong juga masih dikira sebagai aurat.


Artikel berkaitan: “Mengapa dihalang kumpulan sokong Palestin” –  PMX Bakal Berbincang Dengan Mufti Isu Konsert Coldplay

Artikel berkaitan: Nasi Kandar Lauk Babi Bebas Dihidang & Dijual Pada Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang

Kenyataan itu diberikan oleh PMWP selepas ada pertanyaan daripada seorang individu yang bertanya bolehkah dia menyapu potongan rambut wanita dan adakah ia dikira sebagai memegang aurat wanita.

Pexels Cottonbro Studio 3993466
Gambar hiasan

“Rambut wanita ajnabi adalah aurat sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong.

Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang, ia juga wajib ditanam,” tulisnya.

Dalam kenyataan itu, menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat.

“Oleh yang demikian, aurat yang boleh didedahkan walaupun wajah wanita tetap tidak boleh disentuh. Bahkan rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi,” tulisnya lagi.

Lepas ni kena lebih berjaga-jaga! 

Sumber: Mufti Wilayah Kuala Lumpur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.