Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap pemurah dan suka membantu sesama insan, lebih-lebih lagi ketika mereka dalam kesusahan.
Baru-baru ini, tular satu hantaran seorang individu yang menghadapi nasib kurang baik apabila kereta Perodua Kancil miliknya remuk akibat dilanggar lari.
Menerusi perkongsian di Group Facebook Dunia Kancil Turbo Malaysia, lelaki itu bertanya kepada ahli kumpulan di situ jika ada antara mereka menjual kereta terpakai murah untuk dia menukar bahagian keretanya yang telah rosak.
Artikel berkaitan: Remaja 17 Tahun Calon SPM Meninggal Dunia Akibat Dilanggar Lari, Pegawai Kanan Polis Ditahan
Artikel berkaitan: “Besar pahala” – Ramai Puji Pemandu Van Jenazah, Tolong Uncle Cina Tukar Tayar Kereta
Dia turut memuat naik gambar keretanya dalam keadaan remuk sambil pam minyak masih lagi terletak pada tempat mengisi minyak keretanya itu.
Katanya, kereta itulah satu-satunya kenderaan untuk dia ke tempat kerja dan buat masa ini dia terpaksa menumpang orang lain untuk ke tempat kerja.
Dalam hantaran lain, dia memuat naik video memaparkan keadaan kereta kesayangannya itu. Dapat dilihat bahagian belakang dan sisi kereta mengalami kerosakan teruk.
Ramai nak sponsor
Melihat situasi yang dialami lelaki itu, ramai yang mahu menawarkan bantuan untuk membaiki kereta berkenaan. Ada yang sudi memberikan bahagian kereta yang baharu untuknya secara percuma.
Malah, ada juga yang mahu menggantikan kereta lelaki itu dengan kereta yang lebih elok kondisinya secara percuma.
Dalam pada itu, netizen memuji sikap pemurah rakyat Malaysia yang begitu cepat dalam memberi bantuan.
Semoga urusan abang ini dipermudahkan…
Sumber: Facebook