“Ramai tuduh dan fitnah!” – Netizen Viralkan Muka Peserta Tabligh, Reka Cerita Konon Degil Tak Pergi ‘Check’ Covid-19 Padahal…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ramai tuduh dan fitnah!” – Netizen Viralkan Muka Peserta Tabligh, Reka Cerita Konon Degil Tak Pergi ‘Check’ Covid-19 Padahal…

Sebelum ini, ramai yang menghentam dan mengkritik kedegilan segelintir peserta himpunan tabligh di Sri Petaling kerana enggan menjalani saringan Covid-19. Bukan apa, kalau memang positif tapi tak dirawat dan masih bebas, orang lain yang ada kontak dengan mereka mempunyai risiko untuk dijangkiti.

Tabligh3Sumber: Facebook

Bermacam gambar dan video yang viral sepanjang wabak Covid-19 ini mula menular terutamanya yang membabitkan peserta tabligh. Tapi, kali ini netizen sebaliknya menabur fitnah terhadap seorang peserta himpunan itu selepas tularkan tentang cerita yang salah.

Menurut satu perkongsian di Facebook, wajah individu itu telah menjadi viral di internet dengan tuduhan dia tidak mahu buat saringan di hospital sehingga polis serta pegawai KKM terpaksa datang ke rumahnya di Tawang, Bachok.

Tabligh4Sumber: Facebook

Tapi sebenarnya, mengikut arahan kerajaan dan menurut Harian Metro, polis dan pegawai KKM hadir ke rumahnya untuk mengambil sampel darah.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmudin Sulaiman berkata kedatangan mereka bagi ke rumah lelaki berusia lebih 50-an itu adalah bagi mengiringi pegawai KKM untuk ambil sampel darah.

Dakwaan mengatakan lelaki itu enggan memberi kerjasama kepada polis dan KKM adalah tidak benar kerana dia memberi kerjasama yang baik. Kita sahkan sudah mengambil sampel darah lelaki itu dan dibawa ke makmal KKM untuk pemeriksaan lanjut.”

Lelaki itu mematuhi arahan polis dan melakukan kuarantin diri di rumah sementara menunggu keputusan yang dijangka keluar, dua hingga tiga hari lagi.”

Tabligh2

Selepas keputusan keluar nanti, pihak KKM akan datang sekali lagi bagi mengambil sampel darah sebelum memberi pengesahan status lelaki itu. KKM memang datang lengkap berpakaian dan bertopeng sebagai langkah berjaga-jaga.”

Polis mengingatkan orang ramai diminta untuk tidak muat naik perkara yang mendatangkan panik dan patuhi arahan kerajaan dengan tinggal di rumah masing-masing.

Baca: “Rasa macam nak pijak” – [Video] Lelaki Buat Pekak Hisap Rokok Dekat Luar Walaupun Polis Dah Bagi Amaran

Collage 56

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ramai tuduh dan fitnah!” – Netizen Viralkan Muka Peserta Tabligh, Reka Cerita Konon Degil Tak Pergi ‘Check’ Covid-19 Padahal…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ramai-tuduh-dan-fitnah-netizen-viralkan-muka-peserta-tabligh-reka-cerita-konon-degil-tak-pergi-check-covid-19-padahal/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM