in

Ramai Tak Tahan Sebak, Tengok Keluarga Akhirnya Dapat Beraya Dengan Ayah Lepas 13 Tahun Dipenjara

ft bapa bebas penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

13 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat dalam satu penantian, macam-macam boleh jadi sementara menunggu kepulangan orang tersayang.

Tak tahan rasa sebak dan terharu melihat air mata kegembiraan satu keluarga ini yang menyambung kepulangan bapa mereka yang baru sahaja dibebaskan dari penjara.


 

Tahun kelima raya tanpa ibu

Dalam video yang berdurasi 45 saat itu, dilihat ayah kepada @hudaamy92 memeluk seluruh ahli keluarganya. Kata pemilik video, dia tidak dapat tidur seharian kerana tidak sabar untuk bertemu dengan ayahnya.

Difahamkan, dia sekeluarga tunggu di hadapan Penjara Kajang sejak pukul 8 pagi untuk menunggu ayahnya keluar pada jam 11.30 pagi, saat melihat ayahnya yang memakai baju serba putih keluar daripada penjara tersebut, memang sebak melihat si ayah menuju ke arah anak-anak dan memeluk ahli keluarga yang menitiskan air mata.

“Akhirnya hari yang dinantikan selama ini tiba, rasa macam masih dalam mimpi.”

@hudaamy92

Tahun ke lima raya tanpa ibu ? selama 13tahun raya tanpa abah..akhirnya tahun 2023 raya dengan abah..ibu dah tinggal kan kami 5 tahun hati abah sedih sebab keluar2 ibu dh tak ada ibu tunggu di syurga ?..semoga kami sekeluarga bahagia bersama selama nya walaupun xsempurna tapi ibu masih tetap di hati kami semua ??#VideoPerjalanan #fyp #foryourpage #kisahdiriku

♬ original sound – hudaamy92 – hudaamy92

Lebih sebak lagi, pemilik video mengatakan ibu mereka sudah 5 tahun meninggal dunia, waktu dimana si ayah ini masih lagi di dalam penjara.

Biarpun raya tahun ini agak bermakna buat mereka sekeluarga, namun begitu pemilik video menyatakan hati ayahnya masih sedih kerana isteri tercinta telah menghadap Ilahi. Al-fatihah..

“Akhirnya tahun 2023 raya dengan abah..ibu dah tinggal kan kami 5 tahun hati abah sedih sebab keluar-keluar ibu dh tak ada ibu tunggu di syurga.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut menahan sebak apabila melihat momen gembira keluarga ini yang telah meraih 1.2 juta jumlah tontonan dalam masa 2 hari ini.

Screenshot 2023 04 11 120556 Screenshot 2023 04 11 120614 Screenshot 2023 04 11 120635 Screenshot 2023 04 11 120722 Screenshot 2023 04 11 120818

Menurut komen, ayahnya dibebaskan pada 12 Februari lepas, tetapi pemilik video menyatakan dia baru ada kekuatan untuk post video ini kerana bimbang dikecam. Hakikatnya, ramai yang mendoakan mereka ini. Apapun, usah la kita persoal kerana biarlah ia berlalu.

Baca : “Ini baru sahabat” – [VIDEO] Netizen Tersentuh Lihat Lelaki Disambut Rakan Selepas Keluar Penjara

1 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.