Mungkin korang pernah dengar perkataan gaslighting tapi ramai yang tak tahu maksud sebenarnya, lebih menyedihkan, ramai yang tak sedar diri mereka telah menjadi mangsa gaslighting.
Kalau korang nak tahu, gaslighting merupakan satu bentuk penderaan mental yang menyebabkan seseorang itu mempersoalkan kewarasan, memori dan persepsi mereka terhadap realiti. Orang yang mengalami penderaan ini, akan mengalami perasaan keliru, cemas atau tak percayakan diri sendiri.
Apa itu gaslighting?
Menurut Institut Newport, gaslighting merupakan satu bentuk manipulasi dan penderaan di mana pelaku cuba untuk buatkan mangsa mereka percaya apa yang berlaku pada mereka tidak berlaku sebenarnya dan realiti yang mereka fikirkan adalah tidak benar.
Ada beberapa contoh gaslighting seperti:
- Menipu atau menafikan sesuatu serta enggan mengaku penipuan walaupun dah ditunjukkan bukti.
- Menekankan sesuatu insiden atau sikap yang korang saksikan tak pernah berlaku dan mengatakan yang korang salah mengingati sesuatu perkara.
- Menyebarkan khabar angin atau gosip tentang korang atau memberitahu bahawa orang lain bercakap buruk tentang korang.
- Menukar subjek atau enggan dengar bila bercakap tentang sesuatu penipuan atau sikap gaslighting mereka.
- Mengatakan yang korang overreacting bila cuba untuk cakap pasal perangai pelaku.
Asal usul terma gaslighting
Asal usul perkataan gaslighting ini datang dari teater Angel Street yang kemudiannya diadaptasikan kepada filem oleh Alfred Hitchcock dengan tajuk ‘Gaslight’. Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang cuba meyakinkan isterinya bahawa wanita ini dah hilang kewarasan supaya dia boleh curi dari isterinya. Apabila dia hidupkan lampu loteng untuk mencari barang kemas isterinya, lampu minyak tanah mula malap. Dia beritahu isterinya bahawa itu semua imaginasi isterinya dan cuba buatkan isterinya percaya yang lampu tersebut tidak malap.
Bila biasanya berlaku gaslighting?
Gaslighting boleh berlaku dalam apa-apa jenis interaksi, tapi biasanya ia berlaku dalam:
Hubungan intim
Di dalam sesuatu perhubungan, pelaku akan gunakan gaslighting untuk mengasingkan pasangan, merendahkan keyakinan mereka, buatkan pasangan lebih senang dikawal. Sebagai contoh, pelaku akan beritahu yang pasangannya bertindak tidak rasional sehingga mereka mula fikir yang perkara itu betul.
Hubungan ibu bapa dan anak
Ibu bapa boleh gaslight anak mereka dengan merendahkan mereka seperti bila anak mereka nangis, mereka akan cakap anak terlalu sensitif untuk malukan mereka dan buat mereka berhenti menangis.
Politik
Gaslighting dalam politik boleh berlaku apabila sesuatu parti politik atau ahli politik menipu atau cuba memanipulasikan maklumat bagi mengawal orang. Seperti contoh, ahli politik atau parti politik akan cuba merendahkan perkara yang dibuat oleh sesuatu pentadbiran, cuba untuk tidak memberi kredit kepada pihak lawan atau menggunakan kontroversi untuk mengalihkan perhatian dari kesalahan mereka.
Tanda-tanda gaslighting
Ada beberapa tanda yang boleh diketahui sama ada korang pernah kena gaslight atau tidak, antaranya:
- Korang mula ragu dengan diri sendiri
- korang mula persoal persepsi dan keputusan sendiri
- korang rasa insecure
- korang rasa sunyi dan tak ada kuasa untuk mempertahankan diri
- korang rasa kecewa dengan diri sendiri
- korang rasa keliru
- korang risau korang jadi terlalu sensitif
- korang habiskan masa dengan meminta maaf
- korang anggap orang lain kecewa dengan korang
- korang tak boleh buat keputusan kerana tak percaya dengan diri sendiri
Apa korang perlu buat?
Cuba untuk melawan gaslighting ini biasanya agak sukar kerana ia memberi kesan kepada tahap kesihatan mental, tapi ada beberapa cara yang korang boleh lakukan:
- Pastikan apa yang korang lalui memang betul gaslighting
- Cuba jauhkan diri dari situasi tersebut
- Kumpul bukti
- Cuba bercakap mengenai sikap pelaku
- Yakin dengan situasi yang korang tahu
- Fokus untuk jaga diri sendiri
- Dapatkan sokongan orang
- Dapatkan sokongan profresional
Sumber: USA Today, Medical News Today