Korang yang selalu layan TikTok, mesti pernah nampak beberapa video islamik yang disampaikan oleh seorang influencer iaitu Fatin Nabila Ahmad Zainuddin.
Pun begitu, ada segelintir netizen di TikTok telah membuat reaction berhubung video ‘Dekat dengan Fatin’ malah ianya menjadi trend yang semakin tular.
Tak dinafikan juga, influencer itu telah dikecam oleh sesetengah netizen oleh sebab cara penyampaiannya yang agak tidak bersesuaian.
Niat asal Fatin hanya untuk menyampaikan mesej
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh @fatinnabila di media sosial, Fatin telah memohon maaf tentang video tersebut dan menyatakan niat asalnya hanya untuk memberi nasihat sahaja.
Artikel berkaitan: PU Abu Beri Teguran ‘Sinis’ Buat Pihak Sanjung Individu Nyata Hadis Palsu, Tapi Boikot Yang Ada Isu Peribadi
Artikel berkaitan: Kenakan Bayaran Terlalu Tinggi Untuk Ibadah Korban, Mufti Tegur Orang Tengah
Niat asal saya hanyalah saya mahu mengajak orang ramai supaya kita tidak membandingkan diri kita dengan orang lain. Namun, Fatin sedar pendekatan Fatin tu agak salah dari segi suara dan muka yang betul-betul dekat dengan skrin.
Bagaimanapun, dia mengakui kesilapan dan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan akan berhati-hati selepas ini.
Jadi, dengan rendah diri.. Fatin minta maaf dengan kesilapan yang Fatin lakukan. Banyak benda yang Fatin belajar daripada situasi ini terutamanya lantunan suara, ekspresi muka. Saya akan improve.
Banyak Fatin belajar tentang ‘Do and Don’t’ bila buat content. Insya-Allah akan jaga lebih baik, teliti sebelum saya post video tu.
@fatinnnabila1 Bismillah.
♬ original sound – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin
Respon Ustazah Asma’ Harun
Bagaimanapun, sebelum Fatin memuat naik video permohonan maaf, seorang pendakwah iaitu Ustazah Asma’ Harun telah memberi teguran mengenai wanita muslimah yang berdakwah dengan cara yang tidak beretika dan ‘Non Muslimah’.
Astaghfirullah.. memang dah baca sana sini komentar berkaitan ada ‘influencer’ WANITA MUSLIMAH yang menyampaikan dengan cara NON MUSLIMAH, wanita non muslim pun lebih sopan dan beretika.
Disebabkan video tersebut telah menjadi bahan ketawa, Ustazah Asma’ berpendapat ia berkait rapat dengan ‘Soft Porn’.
Ada yang share secara public bagaimana ia telah menjadi bahan untuk perbuatan yang jijik. Jelas ia termasuk ‘SOFT PORN’.Suara yang lembut manja pun dilarang, ini pula dengan gaya menggoda dan wajah didekatkan dengan skrin. Cara begini sudah termasuk dalam larangan jelas yang mendatangkan dosa dan hukumnya haram.
Apa-apa pun.. kita sama-sama belajar dari kesilapan..