in

Ramai Pasangan Mula Ikut Trend ‘Childfree’, Mufti Jelaskan Hukumnya…

Baby 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, segelintir pasangan yang sudah berkahwin memilih untuk tidak memiliki zuriat atau lebih mudah disebut ‘Childfree’ disebabkan pelbagai faktor seperti kewangan, emosi, kesibukan bekerja dan sebagainya.

Trend ‘Childfree’ ini malah semakin digunakan oleh banyak pasangan sehinggakan ada orang menganggap anak adalah beban. Disebabkan itu, ramai orang pasti tertanya-tanya tentang hukum sebenar jika umat Islam mahu mempraktikkan childfree dalam kehidupan mereka.


Baby 1
Sumber: pixabay

Tujuan utama perkahwinan

Menerusi artikel terbaharu yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang bertajuk ‘Bayan Linnas Siri Ke-297: Childfree by Choice Menurut Perspektif Syarak’, ia menerangkan tentang tujuan sebenar perkahwinan dan hukum childfree.

Artikel berkaitan: Tular Komen ‘Childfree’ Sebab Anak Membebankan, Wanita Nasihat Jangan Jadi Hamba Duit

Artikel berkaitan: Anak Kecewa Bapa Tak Nak Jadi Wali Nikah Sebab Pemalu Depan Orang Ramai

Tujuan (maqasid) asal perkahwinan adalah untuk menjaga keturunan (hifz al-nasl) dan memperbanyakkan zuriat malah ia termasuk dalam tujuan asal perkahwinan (maqasid asliyyah)

Ia juga bertujuan meramaikan bilangan umat Islam, meningkatkan kekuatan dan membina pengaruh sehingga mampu melaksanakan tugas sebagai khalifah di bumi bahkan menjadi saksi kepada sekalian manusia.

Selain itu, terdapat juga hadis anjuran untuk wanita yang subur menikah selain dapat meramaikan keturunan yang soleh dan taat kepada Islam.

Nikahilah wanita penyayang yang subur banyak keturunan karena aku bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat kelak. (Riwayat Abu Daud)

Mufti beri penjelasan tentang childfree

Bagaimanapun, setiap pasangan boleh membuat perancangan dalam keluarga kerana mereka sahaja tahu keadaan rumah tangga masing-masing. Dalam keadaan ini, terdapat tiga hukum iaitu harus, makruh dan haram.

  1. Jika pasangan bersetuju untuk tidak mempunyai anak atas sebab tertentu yang dibolehkan syarak seperti menyebabkan kematian, menyebabkan keadaan penyakit bertambah teruk dan lain-lain, maka hukumnya adalah harus dengan syarat kaedah pencegah kehamilan yang mengikut syarak.
  2. Jika pasangan bersetuju untuk tidak mempunyai anak tanpa sebarang sebab yang dikira oleh syarak seperti untuk bebas tanggungjawab, maka hukumnya adalah makruh. Ia berkaitan juga dengan golongan yang terpengaruh dengan kefahaman childfree yang menjadikannya sebagai gaya hidup yang bebas tanpa tanggungjawab, maka ia satu budaya yang bertentangan dengan tujuan utama perkahwinan bahkan tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Jika ada pasangan yang memilih untuk childfree selama-lamanya termasuk melakukan apa-apa cara perubatan bagi menghilangkan kemampuan reproduksi (pemandulan kekal) dan menggugurkan kandungan tanpa pengesahan doktor dan sebab-sebab yang dibolehkan syarak, maka perbuatan itu ada haram.

Pun begitu, setiap pasangan yang berkahwin dinasihatkan untuk membuat perancangan keluarga dan mempercayai bahawa kewujudan anak bukanlah satu bebanan.

Bila dah ada hukum macam ni barulah jelas…

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.