in

Ramai Netizen Terkilan Tengok Video Viral Didakwa Daging Korban Hampir 20Kg Terbuang Di Kawasan Sampah

ft daging korban terbuang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu video memperlihatkan timbunan daging mentah yang dipercayai daging korban terbuang di kawasan pembuangan sampah. Menurut perkongsian pengguna TikTok @hanismuzaini, hampir 20 kilogram daging mentah itu dibuang.

Dalam masa sehari ia dimuat naik, video tersebut telah meraih lebih sejuta jumlah tontonan dan ianya mengundang pelbagai reaksi netizen.


Ada yang mempersoalkan jika benar itu adalah daging korban dan ada yang meluahkan rasa terkilan kerana ia adalah satu pembaziran yang melampau kerana ada di antara mereka yang tidak berpeluang untuk merasai daging korban daripada penduduk setempat.

Artikel berkaitan : Lembu Korban Tak Sempat Disembelih Lepas Jatuh Perigi

Artikel berkaitan : Lembu Korban Terjun Laut, Dipercayai Hanyut

@hanismuzaini

VIRAL DAGING KORBAN DIBUANG petang ni LEBIH 20kg area Jeram Selangor. TERGAMAK NYA BUANG SEBEGITU SAHAJA TANPA TANAM ATAU SEBAGAINYA. #dagingkorban #dibuang

♬ Gema Takbir Idul Adha – دحية الكلبي

Dakwa netizen, berkemungkinan besar daging itu diagihkan kepada gelandangan dan ada juga yang menyifatkan mungkin ada sebab tertentu mengapa ia dibuang.

daging korban daging korban 2 daging korban 3 daging korban 4 daging korban 5

Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan tindakan pemilik video setelah melihat kejadian tersebut.

Oleh itu, pemilik video ada memuat naik satu lagi hantaran menunjukkan kesemua daging itu telah pun ditanam oleh penduduk setempat dan kerja pembersihan juga turut dilakukan.

@hanismuzaini

Replying to @shahrilfitriismail alhamdulillah. Dah ada yg uruskan.. Kerja pembersihan terus dilakukan. Alhamdulillah semua dah selesai. #dagingkorban #dibuang

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Alhamdulillah nasib baik semua daging tersebut selamat ditanam, apapun, punca, lokasi dan waktu berkaitan kejadian masih belum diketahui. Mungkin adalah cerita di sebalik kejadian ini.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.