Sekarang ni semua benda beli dalam talian je kan? Tapi satu je masalah bila beli online ni, kalau order tak pernah nak sampai awal!
Menurut satu perkongsian kat media sosial, seorang pengguna Twitter ni share pasal ramai yang marah dengan Pos Malaysia sebab servis yang lembab dan tak memuaskan hati. Kenapa agaknya Pos Malaysia ni macam dah sinonim dengan perkataan lambat?
Asal barang lambat sampai je Pos Malaysia lah yang dipersalahkan. Disebabkan entri ni, ada seorang lelaki berkongsi 11 sebab kenapa Pos Malaysia tak sebagus seperti yang rakyat Malaysia harapkan.
Brader ni mengaku yang dia pun kerja kat Pos Malaysia, jadi dia tahu lah selok-belok apa jadi kat dalam Pos Malaysia tu. Paling sedih bila kena kerja bagai nak rak, barang lambat kena tahan makin hamun pelanggan, tapi gaji RM1,500 je sebulan. Mana nak cukup banyak ni zaman sekarang kan…
Peniaga online pun makin lama makin banyak mengalahkan cendawan tumbuh selepas hujan. Yang meniaga ni pulak kalau boleh semua nak guna Pos Malaysia sebab yang ni lah yang paling murah.
Jadi pejabat pos yang mungkin boleh tampung 500 item je sehari tiba-tiba kena tampung sampai 2000 item sehari. Memang lah tak cukup orang nak buat semua dalam sehari. Jadi brader ni nasihatkan para peniaga online supaya cuba guna courier lain pulak lepas ni.
Tapi dalam banyak-banyak tu, bukan semuanya salah orang lain. Kadang-kadang sistem yang digunapakai kat pejabat pos tu pun ada juga timing dia nak problem. Macam manusia jugak, kalau dah tak berhenti kerja, barai jugak kan.
Jadi benda-benda macam ni kena ambil kira. Sebab tak semua sistem ni sempurna. Dan paling penting, posmen pun manusia jugak. Jadi kadang-kadang ada waktu yang mungkin dorang takleh kawal emosi, jadilah macam kes pekerja baling-baling parcel tu.
Bila dah tak tahan sangat, ada yang akan berhenti. Lepas tu kena ambil pekerja baru. Pekerja baru ni pun bukan mula kerja je terus pandai buat semua benda. Mestilah kena ajar dulu satu-satu. Ni pun makan masa.
Mengakhiri entrinya, brader tu nyatakan penghargaan kat semua yang setia guna Pos Malaysia. Pekerja dan pelanggan dua-dua nak perubahan yang baik, jadi dorang akan sedaya upaya cuba untuk baiki kelemahan yang ada.
Kiranya kes ni bukan salah satu pihak je. Masalah pengurusan Pos Malaysia, pelanggan yang main hantar je semua benda tak baca syarat pengeposan, dan peniaga tu sendiri semuanya jadi faktor barang-barang korang lambat sampai. Jadi ada betulnya jugak apa brader ni cakap. Ada pendapat korang?
Baca: Ramai Posmen Berhenti Kerja! Hantar 100,000 Surat Sehari Tetapi Gaji Hanya RM1,400…