Bila kes positif Covid-19 di negara kita makin meningkat naik sejak kebelakangan ni, memang tak dinafikan status risiko kasual kontak di aplikasi MySejahtera mudah sahaja bertukar walaupun tidak tahu dari mana asalnya.
Sehubungan itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) membuat pengumuman di akaun Twitter rasminya @KhairyKJ bahawa bermula hari ini status risiko kasual kontak tidak akan lagi bertukar kepada kuning.
Sebelum ini apabila MySJ Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes +ve, status di MySj akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning). Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri & lakukan ujian kendiri. #TRIIS pic.twitter.com/yS388WNFKH
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) March 1, 2022
Sebaliknya, orang ramai akan menerima notifikasi sebagai pemberitahuan tentang kasual kontak jika dikesan dengan kes positif Covid-19 dan hanya perlu mengasingkan diri serta lakukan ujian sekiranya bergejala.
“As it should. Kalau tak, memang takkan biru la”
Pengumuman yang dibuat oleh KJ itu nyata melegakan ramai orang kerana rata-rata menyifatkan bahawa penambahbaikan itu dapat menghilangkan kerisauan mereka tentang kasual kontak yang tidak tahu dari mana datangnya.
“Nasib baik, kalau tak, tak pasal2 anxiety kejap2 tukar jadi kuning, kejap2 tukar jadi kuning.” – Komen netizen
Sebelum ini, kalau korang daftar masuk MySejahtera dan ia mengesan pendedahan pengguna kepada kes Covid-19, status tersebut akan bertukar kepada warna kuning sebagai tanda Hubungan Kasual Tanpa Gejala.
Fuh, lega rasanya… Min pun sama juga, tak sempat tukar biru, dia stay je kuning sebelum ni… Apa-apa pun stay stafe dan jaga SOP okay?