Ribuan masyarakat berbilang bangsa dan agama dari seluruh dunia berarak untuk tunjuk perasaan menyokong rakyat Palestin yang berdepan penindasan tentera Israel.
Kalau korang perasan, mereka yang berdemonstrasi akan melaungkan slogan ‘from the river to the sea, Palestine will be free’ atau dalam bahasa Melayu disebut ‘dari sungai ke segara’. Tapi korang tahu tak maksud di sebalik slogan ini?
Artikel berkaitan: Tak Dapat Sertai Secara Nyata, Remaja Bawah Umur Buat Solidariti Untuk Palestin Dekat Roblox
Artikel berkaitan: “Tak perlu thank you” – Netizen Terharu Lihat Uncle India Berdemo Sokong Palestin
Seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Izmir Fareez dalam temu bual bersama Sinar FM, slogan terbabit merupakan slogan politik Palestin.
@sinar_my Antara yang dilaungkan semasa solidariti seluruh dunia adalah “From The River To The Sea, Palestine Will Be Free” Apa sebenarnya maksud di sebalik slogan ni? #PagiDiSINAR #MalaysiaStandsWithPalestine #trending #xyzbca #fypシ
Menurut Ustaz Izmir, penggunaan perkataan sungai dan laut merujuk kepada wilayah sebenar Palestin daripada Sungai Jordan ke Laut Mediterranean.
“Kalau tengok peta Palestin di sebelah kanan ialah Jordan dan di sebelah kiri adalah Laut Mediterranean. Maknanya daripada Sungai Jordan ke Laut Mediterranean itu adalah kepunyaan Palestin.
“Dulu zaman Nabi SAW tiada pecahan. Negara Jordan, Lubnan dan Syria di bawah Palestin dan semua tu (negara) Syam sebelum berpecah pada tahun 1924 akibat jatuh kerajaan Turki Uthmaniyyah,” ujarnya.
Sejak Palestin dijarah sedikit demi sedikit oleh Israel, slogan tersebut mula dilaungkan untuk menuntut hak yang dirampas selama 75 tahun.
“Laungan ini adalah untuk memberitahu pada kita orang-orang Palestin buka balik Palestin untuk dijadikan sebagai negara Islam,” katanya lagi.
Meremang bulu roma dengar laungan ini!
Sumber: TikTok