in

Ramai Kurang Senang Tengok MV Raya Dato Seri Vida, Didakwa Ada Unsur ‘Drag Queen’?

F2 Muah Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia apabila usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri ada memuat naik video muzik raya yang dikatakan ada unsur yang tidak elok.

Belum reda isu terbabit, hari ini Dato’ Sri Vida yang juga seorang usahawan turut dikecam netizen gara-gara memuat naik video muzik terbarunya sempena raya di YouTube kerana didakwa ada menampilkan unsur-unsur LGBT iaitu drag queen dalam video berkenaan.


Mv Ry 3

Video muzik raya yang berjudul Muah Muah Raya itu telah dimuat naik pada 29 April lepas dan sehingga kini, telah meraih tontonan lebih 100 ribu kali di platform berkenaan.

Ini telah menyebabkan kebanyakan netizen terutamanya yang beragama Islam berasa kurang senang kerana budaya itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Untuk pengetahuan semua, drag queen bermaksud orang lelaki yang berpakaian seperti wanita.

Mv Ry 4

Rata-rata netizen kurang senang dan sedih melihat konsep sedemikian dalam video raya DSV kerana ia dilihat seperti menormalisasikan dosa.

My Ry 2

Tak kurang juga ada yang berpendapat walaupun ada lagu raya moden pada zaman kini, namun lagu-lagu raya lama dendangan artis dulu-dulu tetap menjadi pilihan mereka kerana lebih sedap didengar dan ada makna tersirat yang tersendiri.

Mv Ry 5

Mv Ry 6

Bukan itu sahaja, ada juga yang kata anak dorang takut bila tengok video raya ni. Mungkin sebab baju model yang dipakai terang sangat kot.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengatakan lagu raya baru oleh DSV ini tetap catchy untuk didengar.

Apa pula pendapat korang? Betul ke sedap lagu raya terbaru nyanyian Dato Seri Vida ni?

Baca: “Jangan babitkan keluarga saya”- Aliff Syukri Mohon Maaf Isu MV Raya Berunsur Songsang 

Mv Ry 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.