in

Ramai Kecam PMX Ucap Tahniah Pada Michelle Yeoh, Sampai Samakan Dengan Filem Mentega Terbang?

collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh telah berjaya meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi menerusi filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO).

Kemenangan ini jelasnya telah membuatkan ramai orang Malaysia turut tumpang bangga lebih-lebih lagi Michelle merupakan orang Asia dan Malaysia pertama dapat memenangi kategori ini sejak 95 tahun anugerah tersebut berlangsung.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitter peribadinya turut sama mengucapkan tahniah kepada pelakon antarabangsa ini atas kemenangannya tersebut dengan mengatakan pencapaian ini telah berjaya mengharumkan nama negara.

Namun begitu, menerusi ruangan komen ramai netizen telah mengecam ucapan tahniah dari PMX ini dan turut menyamakan filem yang dibintangi oleh Michelle Yeoh dengan filem sensasi Mentega Terbang.

Rata-rata netizen mengatakan, sekiranya filem EEAAO tersebut dibuat di Malaysia, sudah tentu seluruh produksi akan disoal siasat gara-gara terdapat elemen LGBT di dalamnya.

Screenshot 2023 03 14 at 2.54.20 PM down

Hm, confuse, boleh ke tak bangga dengan kejayaan Michelle Yeoh ni?

 

Baca: [VIDEO] Sebaik Menang Oscars, Michelle Yeoh Terus Hubungi Mak Di KL

tan sri michelle yeoh menang oscar telefon mak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.