Kenapa pulak dengan PU Amin kali ni?
PU Amin memang dah dikenali sekarang ni lagi-lagi sebab selalu menegur hal-hal LGBT secara terang-terangan bagi membasmi masalah ni.
Walaupun ramai yang bersetuju dengan caranya itu namun, baru-baru ni ada isu lain yang timbul dan menyebabkan ramai kurang senang dengan tegurannya itu.

Sebelum ini, dengan kutipan movie Hantu Kak Limah yang melambung, PU Amin telah mengeluarkan tweet dan membandingkan harga tiket wayang dengan wang yang dikeluarkan untuk disedekah di surau dan masjid.

Tweet ni dah menimbulkan kemarahan ramai dan bila PU Amin cuba menjelaskan, ramai pula yang terkilan dengan penerangannya ni.

Disebabkan tweet tersebut ramai yang tak berpuas hati dengannya serta menganggap ‘teguran’ PU Amin lebih menampakkan kebencian.

Bukan itu je, ramai jugak yang perli gara-gara kenyataannya itu di Twitter. Kan dah kena dengan netizen…

Walaupun ramai yang kurang senang, namun, ada jugak yang cuba melihat teguran PU Amin sebagai sesuatu yang positif dan wajar dijadikan pengajaran.

Niat PU Amin ni baik sebab dia nak menasihatkan orang ramai tapi tak dapat diterima kerana perbandingan tersebut. Mungkin PU Amin boleh jadikan isu ini sebagai pengajaran dan perbaiki cara dakwahnya itu supaya lebih ramai nak buat kebaikan dan bukannya menjauhkan diri dari agama.
Semoga ada perubahan lepas ni.
Baca: “Jemput pelajar tahfiz, tapi ada acara laga tetek”