Tak terlintas dijangkau dek akal bila kita cuba nak order makanan end up jadi kes polis pula. Sejak beberapa hari lepas, viral dimana ada seorang lelaki yang dikenali sebagai Zacky Khairudean telah disoal siasat polis lepas membuat pesanan pizza dari Domino’s.
Ia sekaligus mendatangkan bermacam-macam reaksi sehingga menjejaskan reputasi syarikat tersebut. Tapi walaupun dikecam hebat, ramai yang mengecam lelaki ni kembali.
Sebab kenapa? Baca cerita penuh ni dulu
Dituduh ‘hack’ sebab nak dapat promo
Semuanya bermula apabila Zacky ada beli voucher murah Domino’s dekat satu platform online shopping ni, jadi rakannya ingin memesan 10 set pizza untuk jamuan menggunakan kupon yang Zacky ni pernah beli.
Jadi, Zack pun buat lah pesanan macam biasa dan tunggu setengah jam sementara nak tunggu pizza tiba. Sementara nak tunggu tu dia pulang ke rumah dan mengambil anaknya. Tiba-tiba rakan Zacky ada call beritahu yang pesanan yang dibuat tu ada masalah.
Dia pun periksa kalau pesanan tu tak sampai atau ada sebarang kesulitan, tapi bila semak balik semua ada. Kemudian tak pasal-pasal dia dapat satu panggilan daripada polis dan diarahkan untuk ke Domino’s.
Sampai-sampai je dah ada 3 orang polis kat dalam tu tengah tunggu dia, dia telah dituduh mengambil pesanan menggunakan kaedah godaman.
Rupa-rupanya, sistem telah diubah oleh admin dan menunjukkan error ketika itu, serta tidak selari dengan apa yang dikatakan oleh pengurus cawangan Domino’s.
https://www.facebook.com/funnay5/posts/10157762600163708
Zack menzahirkan rasa terkilan kerana pengurus cawangan pergi buat laporan polis tanpa asal usul periksa.
Perkongsian yang meraih lebih daripada 3,500 jumlah perkongsian itu telah membuatkan ramai netizen was-was dan curiga dengan Domino’s
Disebabkan itu, pihak Domino’s ada buat kenyataan secara terbuka dan membuat permohonan maaf kepada seluruh warganet.
Isu itu dikatakan telah selesai dan laporan polis telah pun ditarik balik.
Domino’s mohon maaf
https://www.facebook.com/DominosMY/posts/1655184204614717?__tn__=-R
Biarpun kes ini viral, ramai juga yang mengecam tindakan lelaki tersebut. Bagi netizen, mereka tak hairan kalau pesanan lelaki ini dicurigai sebab ia dianggap macam orang tak ada etika kerana beli voucher dari pihak ketiga.
Ramai sangat cheapskate kat Malaysia ni – Netizen

Permohonan maaf diterima
Bagaimanapaun, kes yang berlarutan ini telah diselesaikan setelah Timbalan Presiden Domino’s Malaysia Samsul Amree, telah membuat permohonan maaf sekali lagi secara terbuka dan kini Domino’s dan Zacky telah pun berdamai.
Menurut laman rasmi Facebook Domino’s Pizza Malaysia, Samsul Amree telah bersemuka dengan Zacky sendiri di Tangkak untuk memohon maaf. Samsul Amree juga menjelaskan yang sistem mereka sedang di perbaiki.
Korang boleh tonton video ni sendiri kat bawah
https://www.facebook.com/DominosMY/videos/507652340060412/?v=507652340060412
Malah, pihak Domino’s telah menarik balik laporan polis terhadap Zacky dan dia terima permohonan maaf tersebut
Apologies accepted”
https://www.facebook.com/funnay5/videos/10157783577503708/
Hurm ramai juga yang kata tindakan lelaki ni salah sebab beli voucher dengan cara yang tak proper namun begitu pihak Domino’s dah buat satu kenyataan dan mengaku bersalah. Jadi, pendapat korang pula macam mana?
Baca : “Bila taknak kongsi piza…” – Dominos Pizza Pun ‘Troll’ Gambar Neelofa Weh!