in

Rakyat UK Terpaksa Rebut Makanan Hampir Tarikh Luput Untuk Berjimat Susulan Inflasi Yang Meningkat

465789

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana negara sekarang ini sedang menghadapi masalah inflasi tidak menentu termasuklah Malaysia yang turut terpalit dengan krisis ini sehingga menyebabkan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi.

Rakyat UK terpaksa beli makanan hampir tarikh luput untuk berjimat?


Mungkin keadaan kita masih tidak seteruk untuk dibandingkan dengan United Kingdom (UK) dimana rakyat di sana terpaksa membeli dan berebut makanan hampir tarikh luput hanya kerana ingin berjimat susulan kadar inflasi yang kian meningkat dari bulan ke bulan.

Screenshot 2022 11 14 at 1.14.10 PM

Menurut Ketua Pengarah Approved Food, Andy Needham, dia mengatakan bahawa kebanyakan keluarga di seluruh UK berusaha sedaya-upaya untuk berjimat cermat berikutan mereka sudah tidak mampu berdepan dengan kenaikan kos sara hidup yang kritikal.

Syarikat yang menjual makanan pada harga murah itu memaklumkan, terdapat isi rumah yang mula menjadikan produk makanan hampir tarikh luput sebagai bekalan makanan harian mereka.

Hal ini disebabkan pengguna boleh berjimat sehingga 70% apabila membeli makanan yang hampir tarikh luput di pasar raya.

“Ketika ini, tiada lagi perasaan malu dalam kalangan masyarakat apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berjimat dan pada masa yang sama, bertungkus-lumus mengisi perut setiap ahli keluarga.”

Menurutnya juga permintaan terhadap barang makanan yang hampir tarikh luput semakin tinggi hari demi hari dan terus menjelaskan bahawa masyarakat sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk terus hidup.

“Musim sejuk tahun ini pasti menjadi yang paling sukar untuk masyarakat kerana, selain kenaikan harga bahan bakar, mereka juga terpaksa berdepan kenaikan harga makanan yang merupakan asas dalam kehidupan.”

Kadar inflasi di UK difahamkan akan terus meningkat dalam masa beberapa bulan akan datang.

CPI

Semoga rakyat di sana kekal tabah menghadapi dugaan…

Baca: Rakyat Indonesia Buat Protes Susulan Kenaikan Harga Minyak Sebanyak 30%

Screenshot 2022 11 14 at 1.32.52 PM

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.