in

“Rakyat turun ke jalan” – 5 Protes Besar Pernah Diadakan Di Malaysia Hingga Terima Liputan Luar

cats 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari, memang banyak masalah yang berlaku di sekeliling kita. Tak kisah sama ada kecil atau besar, setiap masalah memerlukan jalan penyelesaian terbaik yang dipersetujui oleh orang ramai.

Jika tak, perkara itu akan semakin memburuk hingga mencetuskan protes atau mogok secara besar-besaran dan menggugat keamanan negara. Sudah tentu, Malaysia pun ada sejarah protes sampaikan orang luar pun buat liputan seperti dalam senarai di bawah ini.


1. Hartal Doktor Kontrak

a1

Protes ni berlaku pada 26 Julai 2021 iaitu ketika wabak COVID-19 mula melanda negara. Dikatakan, lebih 100 doktor kontrak dari setiap hospital menyertai gerakan ini. Ia juga dilaksanakan bagi membantah dasar pelantikan pegawai perubatan berkontrak yang kelihatan seperti menindas golongan pekerja ini.

Antara usul yang dibicarakan, doktor yang mempunyai kontrak tidak sama taraf dengan pengamal perubatan tetap yang lain walaupun bebanan kerja oleh kedua-dua golongan ini tiada beza. Sebagai contoh, dalam soal gaji, cuti dan juga faedah. Malah, mereka juga tiada jaminan kenaikan pangkat menjadi doktor tetap jika kontrak dah tamat.

Walau bagaimanapun, melalui Belanjawan Malaysia 2022, kerajaan hanya mampu memberi peruntukan RM 100 juta dan penyambungan pelantikan kontrak selepas tamat tempoh khidmat wajib iaitu selama dua tahun.

Artikel berkaitan: Aktivis Sembur Cat Untuk Protes, Pekerja Datang Cuci Dengan ‘Water Jet’

2. Himpunan Bersih 

Bersih bernama

Himpunan ni antara paling besar yang berlaku di Malaysia kerana ia terjadi selama lima tahun sejak pertama kali dibuat pada 2007. Ia telah dianjurkan oleh badan bukan kerajaan yang sama iaitu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan mesej untuk menuntut keadilan dalam proses pilihan raya negara.

Ia juga telah disertai lebih 100,000 orang termasuk pemimpin parti pembangkang ketika itu seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Disebabkan itu, perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka ini mendapat perhatian daripada agensi berita Timur Tengah, Al Jazeera yang mengatakan pihak pengaman sengaja menggunakan gas pemedih mata sehingga mencederakan orang ramai.

Akan tetapi, banyak orang awam dan pemimpin parti politik telah ditangkap sepanjang siri protes ini berlaku kerana keterlibatan mereka dalam perhimpunan ini.

3. Perhimpunan 812

41544267368 icerd

Seperti BERSIH, perhimpunan ini juga berlaku di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018. Ia juga dikenali sebagai Perhimpunan Anti-ICERD dengan tujuan untuk mempertahankan hak istimewa Melayu dan penduduk Bumiputera.

Waktu itu, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaksanakan sebuah konvensyen antarabangsa yang menghapuskan diskriminasi kaum dalam sesebuah negara. Namun, hal ini didakwa telah menggugat kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Disebabkan itu, dianggarkan sebanyak 55,000 orang hadir dalam protes ini termasuk pemimpin parti politik untuk menghalang kerajaan ketika itu daripada meratifikasikan perjanjian konvensyen ini.

4. Himpunan Aman 2011

a samad

Perhimpunan yang diadakan di perkarangan menara KLCC ini berlaku pada 3 Disember 2011. Ia telah dihadiri seramai 200 orang yang dianjurkan Freedom to Assemble Campaign bersama sekitar 30 pertubuhan bukan kerajaan.

Uniknya, ia disertai sasterawan negara ke-4, A. Samad Said yang menggunakan kepakarannya dalam penulisan karya untuk menyedarkan masyarakat tentang politik di Malaysia.

Antara sajak yang dibacakan beliau ketika perhimpunan ialah ‘Merindu Ruang’ yang bertujuan membangkitkan semangat rakyat dalam membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang diluluskan Parlimen pada November 2011.

Kata beliau, jika undang-undang itu dilaksanakan, Malaysia akan bertukar menjadi sebuah ‘negara polis’ yang kejam dan zalim seperti zaman dahulu.

Artikel berkaitan: Protes Dengan Kerajaan, Pasukan Bola Sepak Iran Enggan Nyanyi Lagu Kebangsaan Di Piala Dunia

5. Himpunan Anti ISA

553

Himpunan ini telah dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh. Ia diadakan pada 1 Ogos 2009 di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur seperti Masjid Jamek dan Kompleks Sogo dengan penyertaan 100,000 rakyat Malaysia.

Bukan tu je, ia juga telah disertai oleh dua pihak iaitu penyokong dan juga pembangkang ISA ini. Objektifnya adalah untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi kebebasan tahanan serta penutupan kem Kamunting di Taiping.

Walaupun begitu, perhimpunan besar-besaran ini dijalankan secara haram tanpa permit daripada pihak berkuasa menyebabkan ramai peserta ditangkap termasuk remaja bawah umur dan pelajar universiti.

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.