Baru-baru ini, kerajaan Thailand secara rasminya mengumumkan telah menukar nama Bangkok kepada Krung Thep Maha Nakhon.
Berita penukaran itu telah membuat kebanyakan rakyat negara itu happy, dan kalau korang nak tahu dikatakan rupanya mereka tak guna pun nama Bangkok tu! Tapi, sebenarnya ia hanya salah satu ‘white-wash’ je!
Kisah asal panggilan Krung Thep Maha Nakhon & Bangkok
Pada abad ke-17 dan 18 dahulu, bandar Bangkok asalnya merupakan dua daerah di Thonburi di mana terletaknya kawasan aktiviti perdagangan dijalankan. Masyarakat tempatan memanggil bandar ini sebagai Krung Thep. Ia terletak di bahagian timur sungai Chao Phraya yang dibahagikan kepada dua; iaitu Bangkok-Noi dan Bangkok-Yai. Jadi, berkemungkinan nama Bangkok berasal daripada tebing tanah tinggi di sungai yang dianggap menjadi pulau dan membawa kepada nama ‘Bangkoh’ (Koh bermaksud pulau).
Tapi, ada juga teori lain….
Ada juga teori yang mengaitkan kawasan tersebut dengan ‘Ma-Kok’ iaitu buah kedondong. ‘Bang’ dalam bahasa Thailand bermaksud kawasan yang bersambung dengan sungai kecil. Jadi, berkemungkinan juga nama Bangkok tersebut diambil bersempena kawasan darat yang mempunyai banyak buah kedondong.
Bangkok bukan dalam kawasan ibu negara pun sebenarnya?
Menurut sumber, bandar Bangkok sebenarnya bukanlah sebahagian daripada wilayah Krung Thep atau juga dikenali sebagai “Phra Nakhon”. Tetapi pada tahun 1972, Perdana Menteri Siam ketika itu, Thanom Kittakachorn telah menggabungkan Phra Nakhon dan Thonburi menjadi sebuah bandar di bawah nama “Krungthep Mahanakhon”.
Nama “Bangkok” ini dikatakan hanyalah panggilan oleh kuasa-kuasa kolonial Barat kepada kawasan bandar Siam itu. Kawasan bandar yang berada berhampiran delta Chao Phraya ini sebenarnya merupakan sebuah bandar yang agak maju pada waktu itu kerana ia dilengkapi dengan pelabuhan, dusun-dusun, bandar nelayan dan juga kubu perang.
Walaupun Thailand dahulunya menikmati kemerdekaan politik, namun dasar ekonomi dan budaya mereka boleh dikatakan ‘separa terjajah’. Dikatakan, seorang jurutera Perancis yang telah membina benteng di situ bertanggungjawab mempopularkan istilah ‘Bangkok’ ini.
Difahamkan pada zaman itu, tiada siapa yang bertanya “awak asal Bangkok ke?” kalau tiada orang kulit putih berdekatan. Mereka tetap menggunakan Krung Thep sebagai panggilan bandar itu, istilah ‘Bangkok’ pula kekal sah digunakan dalam dokumen meskipun ia merupakan nama tidak rasmi bandar Thailand itu.
Kini, walaupun kerajaan mereka telah menukar nama ibu kota kepada Krung Thep Maha Nakhon, tetapi mereka masih meninggalkan panggilan ‘Bangkok’ dalam kurungan selepasnya untuk digunakan dalam urusan rasmi negara itu.
Menarik kan?
Baca: Bangkok Kini Dah Tukar Nama Kepada Krung Thep Maha Nakhon