Bila sebut pasal motosikal, kita biasanya akan sinonimkan dengan lelaki. Jarang-jarang kita lihat ada peminat tegar motosikal dari kalangan wanita. Cuma kalau kita jumpa wanita yang minat moto ni, min confirm dia bukan minat main-main, silap haribulan lelaki pun kalah dengan dia.
Seorang rider motosikal dari Malaysia, Anita Yusof telah mencipta sejarah tersendiri malam tadi selepas menjadi wanita muslim pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah secara bermotosikal seorang diri. Haa.. lain macam kan. Korang tengok video kat bawah atau klik SINI.
Tahniah Anita Yusof!
Kejayaan Anita Yusof itu memang sangat membanggakan rakyat Malaysia. Jom kita tengok sikit apa yang netizen cakap.
Alhamdulillah. Semoga Aunty Anita sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa sepanjang mengerjakan ibadah umrah.
Ye, Aunty Anita ni memang hebat orangnya. Kalau tak hebat, tak adanya nak ride sorang-sorang sampai ke Mekah.
Amiinn. Semoga semua urusan Aunty Anita dipermudahkan. Memang terbaik lah apa yang Aunty Anita ni buat, min respek habis!
Min ada tengok beberapa gambar yang dikongsi di Facebook berkenaan perjalanan Anita Yusof ke Tanah Suci Mekah. Korang boleh lah tengok kat bawah ni, tapi kalau nak tahu lebih mendalam mengenai solo ride beliau, korang follow je Facebook Anita Yusof.
Baca: “Nasib baik tak panik” – Gelagat Gadis Moto Ini Dengan Helmet Baru Buat Netizen Terhibur