Pasti kebanyakan rakyat Malaysia tertanya-tanya, berapa gaji yang diperlukan untuk simpan RM50,000?
Kini, ramai yang menderita dan terpaksa bertahan untuk terus bekerja di Lembah Klang susulan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Malah, harga makanan dari penjaja telah meningkat sebanyak RM2-3, manakala barangan runcit juga mengalami lonjakan harga yang ketara, terutamanya bagi makanan segar.
Sebuah portal telah mewawancara 4 orang dari latar belakang yang berbeza untuk memahami berapa banyak pendapatan mereka dan berapa banyak yang diperlukan meneruskan hidup di Lembah Klang.
1) Alicia (Penganalisis Kandungan), Gaji: RM3,500/sebulan
Saya adalah seorang penganalisis kandungan berusia 25 tahun di Petaling Jaya dan gaji saya adalah sekitar RM3,500 sebulan (RM45,000 setahun).
Disebabkan saya bekerja di PJ, gaji saya boleh dikatakan cukup-cukup makan. RM3,500 terlalu rendah untuk saya menyara kehidupan di PJ.
Sebahagian besar perbelanjaan kewangan saya adalah untuk pinjaman kereta dan pinjaman belajar, serta penyelenggaraan kereta.
Bagaimanapun, saya boleh bertahan namun tidak dapat menympan untuk perkara-perkara besar di masa depan.
Kerana saya masih muda, saya sentiasa belajar perkara baru dan mencari kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memperoleh kemahiran tambahan.
Untuk menyimpan RM50,000, saya mungkin akan mengambil masa lebih dari 5 tahun, itupun dengan mengambil kira saya tidak mendapat sebarang pendapatan tambahan dari kerja sampingan.
Namun, jika saya mendapat beberapa kerja sampingan, saya mungkin dapat mencapai matlamat itu dalam masa yang lebih singkat.
Dari segi kerjaya, saya mungkin akan bekerja dalam industri ini untuk tempoh 3-5 tahun.
2) Daniel (Jurutera Awam). Gaji: RM2,200/sebulan
Saya adalah seorang jurutera awam berusia 26 tahun untuk sebuah syarikat pembangun hartanah yang berpusat di Lembah Klang. Saya memperoleh sekitar RM2,200 sebulan dan RM800 sebagai elaun.
Boleh dikatakan, saya memperoleh RM3,000 sebulan. Sewa, pinjaman kereta, insurans, minyak petrol, dan makanan merupakan perbelanjaan terbesar dari pendapatan saya.
Sudah pasti, gaji saya terlalu kecil untuk hidup dengan selesa di Kuala Lumpur. Menurut anggaran, saya perlukan sekitar RM5,000 hingga RM6,000 untuk hidup dengan selesa di sini.
Berikutan kenaikan kos sara hidup, saya fikir gaji seorang jurutera awam yang baru sahaja habis belajar (fresh graduate) perlukan sekitar RM3,500.
Walaupun kadar pasaran sekarang adalah RM3,000 untuk graduan baru, kebanyakan orang tidak dibayar begitu banyak. Malah, ada beberapa rakan sebaya saya menerima tawaran gaji lebih kurang saya, namun dengan elaun yang jauh lebih rendah.
Dengan pendapatan semasa, saya dapat menyimpan antara RM100 hingga RM150 sebulan. Walaupun tidak banyak, saya masih menyimpan.
Jika saya cukup disiplin untuk menyimpan RM150 sebulan, saya akan memerlukan kira-kira 27 tahun atau lebih untuk menyimpan sehingga RM50,000.
Walaupun begitu, saya juga mempunyai kerja separuh masa sebagai pemandu Grab.
Dengan pendapatan sampingan ini, saya berharap dapat menyimpan RM50,000 dalam masa kurang dari 15 tahun.
Artikel berkaitan: Ibu Sanggup Keluarkan RM25K Simpanan Untuk Bayar Saman Anak, Rupa-rupanya..
Artikel berkaitan: Tidak Simpan Duit, Saya Teraniaya! – Boy Iman Jelas Kisah Sebenar Mengenai Hoorey X Fest Raya
3) Vernon (Instruktor Yoga & Pekerja Bebas). Gaji: Berubah-ubah.
Saya adalah pengajar yoga sepenuh masa. Dalam masa lapang, saya juga bekerja sebagai pekerja bebas/separuh masa untuk dua pekerjaan lain.
Kini, sukar untuk hidup di KL atau PJ sekiranya mempunyai hanya satu pekerjaan sahaja.
Secara purata, pekerjaan sebagai pengajar yoga mencukupi untuk membayar perbelanjaan seperti kereta, sewa rumah, dan perbelanjaan lain-lain.
Kerja lain yang saya lakukan adalah seperti hobi; saya melakukannya bukan kerana wang semata-mata tetapi demi minat.
Perbelanjaan bulanan saya tidak banyak. Bagaimanapun, saya bertuah kerana tidak mempunyai tanggungjawab seperti menjaga ibu bapa atau menyumbang kepada mereka secara kewangan.
Gaji saya adalah dalam mata wang asing dan lebih dari mencukupi apabila ditukar kepada RM.
Saya mungkin hanya memerlukan 1 tahun untuk menyimpan RM50,000.
Setelah saya telah menyimpan lebih banyak, saya bercadang untuk berhijrah ke Kanada atau Australia.
4) Margaret (sudah berpencen). Pencen: RM 2,500
Ketika saya mula bekerja pada tahun 1982, gaji asas saya hanya RM250.
Benar, hidup pada masa itu lebih mudah: saya bujang, tinggal bersama ibu bapa, dan tidak mempunyai tanggungjawab.
Pada zaman itu, kami boleh menggunakan bas untuk bergerak. Malah, kami juga tidak mempunyai kafe seperti Starbucks yang mewah, kafe hipster, atau bistro yang memakan banyak wang.
Kami akan berkumpul dengan rakan-rakan di gerai mamak, pusat penjaja, atau di rumah masing-masing.
Kemudian, saya dan suami memutuskan untuk berkahwin dengan bajet yang kecil pada tahun 1990.
Kami tinggal dalam sebuah flat kos rendah, murah dan berpatutan.
Beberapa tahun kemudian, kami memutuskan untuk berpindah ke sebuah rumah 3 bilik apabila anak-anak datang.
Kerana komitmen kerja kami, kami mempunyai dua kereta. Itupun sudah dianggap mewah pada masa itu.
Kemudian, keluarga berkembang dan kami berakhir dengan tiga orang anak.
Bagaimapaun, saya rasa kami gagal dalam merancang kewangan dan tidak mempersiapkan diri untuk hari-hari susah.
Kami tidak mempunyai banyak simpanan. Dengan begitu banyak komitmen, kehidupan agak sukar dan menekan.
Ini menjadi lebih sukar semasa kemerosotan ekonomi – perniagaan suami saya terjejas dan saya tidak bekerja selama beberapa bulan.
Kami benar-benar perlu belajar bagaimana menguruskan kewangan.
Syukurlah, ekonomi pulih dan keadaan menjadi lebih baik. Kami berjaya menyelesaikan pinjaman perumahan kami dengan simpanan KWSP.
Anak-anak pula berjaya menamatkan pengajian mereka dan kini bekerja jauh dari rumah.
Sumber: InRealLife