Selepas 14 jam TikTok tidak beroperasi di Amerika Syarikat (AS), akhirnya awal pagi tadi aplikasi ini kembali ‘hidup’ di negara itu.
Bagi yang tidak tahu, aplikasi popular seantero dunia ini telah ditamatkan operasinya untuk 170 juta pengguna di AS pada lewat Sabtu (waktu AS) susulan berkuat kuasanya undang-undang pengharaman aplikasi itu atas alasan keselamatan negara.
Menerusi notifikasi yang dimuat naik TikTok, ia memberi kredit kepada Donald Trump yang menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila kembali memegang jawatan Presiden AS itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
Dalam pada itu, Trump juga berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan hasratnya agar AS memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.
Saya mahu AS memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini,” kata Trump menerusi media sosial.
Trump juga berkata, beliau berkemungkinan besar akan membenarkan penangguhan selama 90 hari daripada larangan itu selepas mengambil alih jawatan, satu janji yang dirujuk oleh TikTok dalam notis kepada pengguna di aplikasinya.
Artikel berkaitan: TikTok Tidak Lagi Beroperasi Di US Bermula Hari Ini
Artikel berkaitan: Tesla Cybertruck M*letup Depan Hotel Trump, Seorang Terbun*h & 7 Cedera
Rakyat AS lega dapat masuk TikTok semula
Dalam pada itu, kebanyakan rakyat AS di TikTok meluahkan rasa gembira kerana dapat mengakses kembali akaun mereka.
Malah ramai yang menganggap bahawa pengharaman tersebut sebagai ‘the shortest ban in history’ kerana berlangsung tidak sampai sehari.
@haleyybaylee my bad guys my bad
Kepada yang rindu content AS, dorang dah kembali ya gais!