in

“Rakan sekerja s*mbat getah skrap dalam mulut” – Ibu Suspek Bakar Rumah Di Kupang Dedah Anak Dib*li

bakar rumah baling pernah dibuli sumbat getah skrap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang lelaki ditahan selepas disyaki bertindak membakar sembilan buah rumah di Kupang, Baling sejak pertengahan bulan lalu hingga awal bulan ini.

Suspek berusia 23 tahun yang juga seorang penganggur dan penduduk di Kupang itu dikatakan melakukan perbuatan khianat itu berpunca daripada dendam kerana sering dibuli di tempat kerja.


Suspek lelaki berusia 23 tahun yang ditahan kerana disyaki membakar sembilan rumah dan kenderaan di Kupang Baling sejak bulan lalu 1

Artikel berkaitan: 7 Kucing Kesayangan Mangsa Kebakaran Bersiri Di Baling Rent*ng

Artikel berkaitan: Motosikal Terbakar, Tindakan Pantas Pekerja Pam Minyak Padam Api Dapat Pujian Orang Ramai

“Dia balik dengan mulut berdarah” 

Ibu suspek semalam mendedahkan bahawa anaknya yang merupakan seorang lembam dalam pelajaran itu telah menjadi mangsa buli sejak di sekolah lagi dan berterusan hingga ke tempat kerja.

Wanita yang mempunyai lima orang anak ini juga berkata, dia menyedari suspek kelihatan murung sejak kebelakangan ini dan pernah mengadu dibuli di tempat kerja.

Dia kata dia masih dibuli apabila mula bekerja di sebuah kilang pemprosesan getah di sini, sebaik sahaja tamat tingkatan lima.

“Pernah satu ketika, dia balik dengan mulut berdarah. Dia kata rakan sekerjanya sumbat getah skrap ke dalam mulutnya,” katanya.

185352688 4513728678656599 1265700084665705741 n

Menurutnya lagi, dia sangat tertekan selepas anaknya ditahan polis dan perlu menyara suami yang menghidap strok dan tiga anak lagi yang masih bersekolah.

Anak sulungnya itu juga sudah berhenti kerja sejak dua tahun lalu namun masih menjadi mangsa buli oleh bekas sekerja yang masih berhubung dengannya.

Polis juga difahamkan telah memanggil anaknya sebanyak empat kali untuk siasatan sebelum ditangkap pada Ahad lepas.

Saya tanya dia sama ada dia terbabit dalam kes bakar itu, dia menafikannya. Selepas ditangkap, saya diberitahu bahawa dia hanya mengaku terbabit dalam kes pertama sahaja.

“Saya terkejut apabila dapat tahu polis mengaitkan anak saya dengan sembilan kes kebakaran di Kupang,” katanya.

hm335anak 1737645721

Wanita yang enggan dikenali ini juga buntu bagaimana hendak membantu anaknya kerana dia tidak mampu mengupah peguam dan mengalu-alukan jika ada peguam yang mahu menawarkan perkhidmatan percuma.

Dalam pada itu, jiran suspek, Harizal Abu Bakar, 35, berkata, suspek yang merupakan anak sulung dari lima beradik itu kurang bergaul dengan orang kampung dan lebih suka berada di dalam rumah.

Malah dia juga menafikan dakwaan orang kampung pernah memulaukan keluarga tersebut.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.