in

Rakan Baik Nhaveen Sedih dan Tidak Dapat Ditenangkan Selepas Dapat Tahu Kematian Mendiang

previin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kematian remaja dari Pulau Pinang, T. Nhaveen yang pada mulanya dilaporkan ‘mati otak’ selepas dipukul, diliwat dan dilecurkan ditangisi ramai tetapi yang paling merasakan kesedihan itu adalah rakan karibnya, T. Previin. Previin merupakan individu yang bersamanya ketika mendiang diserang oleh kumpulan pembuli yang telah menyebabkan kematiannya.

previin1
Sumber: The Star

Previin turut mengalami kecederaan akibat serangan itu. Dia sedang menjalani pembedahan kerana tulang patah di bawah mata kanannya dan masih tidak sedarkan diri semasa rakan baiknya itu dilaporkan meninggal dunia. Sedihnyaaa…


Menurut The Star, ibunya, K.Kalyani berusia 59 tahun berkata mereka tidak mempunyai pilihan tetapi memberitahu anaknya perkara yang sebenar pada Jumaat malam.

“Previin berkeras mahu melihat Nhaveen dan tanpa henti meminta saya membawanya. Saya tidak mempunyai pilihan tetapi memberitahunya tentang berita kematian Nhaveen pada malam Jumaat. Dia sangat kecewa dan tidak dapat ditenangkan.”

previin2
Sumber: New Straits Times

Bapa saudaranya, MGR Devan, 57, memberitahu New Straits Times, “Dia sedang berehat dan bertanya tentang Nhaveen, tetapi kami tidak memberitahunya sehinggalah keesokan hari. Kami teragak-agak kerana tidak mahu dia terlampau mengikut emosi kerana baru sahaja selesai pembedahan.

“Dia sangat kecewa dan sedih dengan kehilangan itu ketika kami memberitahunya. Dia tidak dapat menerima kenyataan dan cuba menahan air mata. Kami terpaksa menenangkannya sehingga dia tertidur.”

Lima suspek berusia di antara 16 hingga 18 tahun dilaporkan terlibat di dalam serangan itu telah ditahan dan pihak polis berkata mereka adalah ‘budak juvana yang sangat jahat’ kerana mereka dipercayai pembuli bersiri yang membuli remaja lain di sekitar kawasan kejiranan Gelugor bermula dari Taman Tun Sardon hingga Taman Buah Pala, lapor Malay Mail.

previin3
Sumber: Malay Mail

Ini bukanlah kali pertama polis menerima laporan tentang kegiatan buli mereka.

Seorang pekerja kedai serbaguna berusia 19 tahun pernah membuat laporan polis bulan lalu dan menarik semula laporan itu tiga jam selepas difailkan di Balai Polis Jeutong. Kena ugut lah ni..

Namun, pihak polis berjaya meyakinkan mangsa untuk membuat laporan semula dan siasatan kini sedang dijalankan.

Sebelum kejadian itu berlaku, mendiang Nhaveen dijadualkan akan ke Kuala Lumpur dalam masa beberapa hari untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta dalam bidang muzik kerana cita-citanya adalah untuk menjadi komposer.

previin4
Sumber: newnownext

Kami turut bersimpati dengan keluarga dan rakan karib mendiang yang kehilangannya akibat perbuatan keji manusia tidak berhati perut. KATAKAN TIDAK KEPADA BULI!

Baca: Remaja Lelaki ‘Mati Otak’ Selepas Dipukul, Diliwat dan Dilecurkan di Pulau Pinang

nhaveen 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.