in

Rakan Baik Nafi Nur Farah Kartini Hilang Ikut BF, Minta Netizen Henti Timbulkan Spekulasi

Rakan Baik Nafi Nur Farah Kartini Bf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, negara digemparkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini, wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Penemuan mayat membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam, kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.


Dalam perkembangan lain, rakan kepada Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Haziq Fardil memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak betul mengenai arwah.

Artikel berkaitan: “Pelajar yang sangat pintar” – Posting Lama Nur Farah Kartini Undang Sebak Netizen

Artikel berkaitan: Penyampai Berita Rupanya Rakan Arwah Nur Farah, Tahan Sebak Ketika Baca Berita Penemuan Mayat Sahabat

406646385 3248234342136599 2267914992736504288 N

Dalam hantaran video yang dimuat naik rakan baik Nur Farah Kartini itu, dia menyangkal dakwaan yang mengatakan arwah hilang sejak minggu lalu kerana mengikut teman lelakinya pergi ke Thailand.

Malah, dia juga menafikan rakannya itu mempunyai teman lelaki seperti yang diperkatakan orang ramai.

“Ini adalah penjelasan dan teguran tentang kes kawan saya iaitu Nur Farah Kartini. Dia merupakan rakan rapat saya di Universiti sebab kami satu batch, satu bidang, satu haluan sehingga kami konvo.

“Saya ingin memberi teguran kepada netizen yang buat spekulasi ketika kehilangan arwah, ada yang menyatakan arwah ada boyfriend, ikut boyfriend pergi Thailand lah. Saya nak beritahu, kalau tiada benda baik nak cakap, lebih baik jangan cakap.”

Haziq meminta orang ramai menghormati keluarga arwah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa.

“Perkara tersebut boleh mengguriskan hati keluarga dan orang-orang terdekat yang amat menyayangi dia.”

@haziqfardil75

Penjelasan ini bukan untuk raih simpati atau viewrs tapi untuk menjelaskan bahawa arah sangat baik #nurfarahkartini #alfatihah #semogaditempatkandikalanganorg2ygberiman

♬ Very Sad – Enchan

Dalam pada itu, Haziq juga memesan kepada orang ramai untuk menggunakan alat pengesan atau tracker supaya dapat mengesan insan tersayang yang berjauhan dari keluarga.

“Tolong juga jaga keluarga anda dan pastikan jika ada yang duduk jauh ada tracker yang akan kesan di mana mereka berada.

“Bunyi macam mengganggu privasi, tetapi sangat membantu sekiranya kes seperti Farah Kartini terjadi dengan keluarga anda.”

Terdahulu, media melaporkan Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang semalam.

Allahyarham Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.