in

Rakam & Jual Puluhan Klip Video Lucah, Polis Cekup ‘Gigolo’ Tempatan Bersama 2 Teman Wanita

Gigolo Tempatan Dicekup

Seorang gigolo tempatan berstatus duda direman selama lima hari selepas perbuatannya merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama puluhan wanita di media sosial terbongkar.

Ini termasuk wanita yang mengupahnya untuk khidmat seks. Siasatan polis mendapati bahawa, lelaki berusia 31 tahun itu menjual video tersebut yang dilanggan lebih 2,600 warga tempatan dalam aplikasi Telegram.

Lelaki itu dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM120,000 dalam tempoh enam bulan lepas menerusi kegiatan terbabit. Mereka yang melanggan perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM20 dan RM100.

Artikel berkaitan: Simpan 19,011 Bahan Lucah Kanak-kanak Dalam ‘Pendrive’, Pembantu Kedai Dipenjara 6 Bulan

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Geh Zooaqaa3Spg

Menurut siasatan polis, suspek yang pernah berkawhin dua kali dan bercerai itu menjual video lucah sejak Julai 2023. Selain itu, suspek turut mempromosikan ubat kuat dari China menggunakan platform media sosial sejak Januari 2023.

Bukan itu saja, suspek belajar cara merakam video lucah bersama teman wanitanya untuk meraih keuntungan lebih tinggi dengan menjual video tersebut.

Perbuatan jijik suspek terbongkar selepas ditahan di sebuah rumah di Janda Baik pada petang semalam bersama dua teman wanita berusia 23 dan 27 tahun.

Polis juga mengesahkan bahawa ayah suspek turut tinggal bersama-sama dengan suspek di rumah tersebut.

“Polis menemui kesemua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan.”

Difahamkan, ini adalah kes pertama yang seumpama itu dikesan di negara ini. Polis memberi amaran bahawa mereka akan membanteras aktiviti tidak bermoral itu secara besar-besaran.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: X