in

Raja Permaisuri Agong Ambil Anak Istimewa Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat

Raja Permaisuri Agong Ambil Anak Angkat Sindrom Werewolf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkenal dengan sifat ramah dan keibuannya.

Rakyat jelata begitu sayang kepada Permaisuri Agong disebabkan sifat baginda yang penyayang dan juga peramah.


Tular di Facebook hari ini satu perkongsian seorang wanita yang berasa terharu apabila menerima utusan surat dari Istana Negara bahawa Permaisuri Agong berkenan untuk mengambil kanak-kanak bernama Missclyen sebagai anak angkat.

Artikel berkaitan: “Pesan jaga Missclyen dengan baik” – Bapa Budak Hidap Sindrom Werewolf Terharu Dapat Jumpa Agong

Artikel berkaitan: “Rezeki bayi awak” – [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Permaisuri Agong Usap Perut Ibu Mengandung

Dalam surat itu, Permaisuri Agong berkenan untuk memberikan peluang terbaik kepada anak istimewa ini termasuk pendidikan dan kesejahteraan.

398144136 1678484132676995 1821556321747979790 N 1

396985591 1678484189343656 9221654963273403223 N

Baginda menyatakan akan memberikan perbelanjaan melalui ibu bapa Missclyen sebagai penjaga bagi penggunaan persekolahan kanak-kanak itu.

Turut dinyatakan, baginda akan menanggung perbelanjaan bagi mengubat penyakit sindrom Werewolf yang dihadapinya.

Untuk pengetahuan korang, kisah adik Missclyen pernah tular kerana dilahirkan tanpa memiliki lubang hidung dan menghidap sindrom Congenital Generalised Hypertrichosis (CGH) atau lazimnya dipanggil sindrom Werewolf yang menyebabkan kawasan wajah dan badannya dipenuhi dengan bulu yang lebat.

“Rasa macam mimpi…. bila ayah awak (ayah Missclyen) tadi bagitahu sesuatu dan hantar surat. Bila saya baca rupanya surat pengambilan anak angkat dari Tuanku Permaisuri.

“Cukup bertuah kau dik (Missclyen). Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Nanti lama la kita tak bersama kalau awak dah dibawa orang ke sana…air mata ni tak berhenti mengalir sebab terlalu gembira,” tulis hantaran itu di Facebook.

376895001 846153993626670 8143685226558074505 N 1273X1536 1

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap prihatin dan budiman yang dipamerkan Permaisuri Agong.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong menyantuni adik Missclyen bersama bapanya di Sarawak ketika jelajah Kembali Kenali Borneo pada September lalu.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.