in

Raja Dadah India Diberkas, Sembunyi Di Kuala Lumpur Guna Pas Pelancong

5polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga India yang disyaki sebagai ketua sindiket dadah antarabangsa akhirnya diberkas polis Malaysia dalam satu serbuan di sebuah hotel di ibu negara pada 13 Mei lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan hasil operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sekitar jam 1.35 pagi.


Lelaki terbabit merupakan individu yang dikehendaki kerajaan India dan dipercayai telah berada di Malaysia sejak awal tahun ini menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong”

Tambah beliau, suspek tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran dadah di Malaysia namun JSJN sedang menjalankan risikan bagi mengenal pasti sekiranya wujud sebarang rangkaian sindiket tempatan yang berkait dengan suspek.

Menurut Razarudin, lelaki itu telah dihantar pulang ke India pada 27 Mei lalu melalui penerbangan komersial pada jam 6.54 petang. Kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63.

Screenshot 2025 06 01 at 10.46.15 AM

Sementara itu, media India melaporkan suspek berkenaan dikenali sebagai Naveen Chichkar, 35, yang ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) India selepas proses ekstradisi dari Malaysia.

Chichkar yang merupakan penduduk Navi Mumbai dikehendaki dalam beberapa kes berkaitan dadah dan dijangka didakwa di Mahkamah Mumbai minggu ini.

Beliau turut disenaraikan dalam notis merah Interpol dan dikaitkan dengan penyeludupan dadah bernilai 1,128 Crore (bersamaan kira-kira RM635 juta) melibatkan kokain dan ganja dari Amerika Syarikat.

Siasatan awal pihak berkuasa India mendapati sindiket yang diketuai Chichkar aktif menggunakan penghantaran kargo untuk menyeludup dadah. Rampasan terdahulu di Navi Mumbai termasuk 11.54 kilogram (kg) kokain, 4.9kg ganja, dan 5.5kg gula-gula getah mengandungi ganja.

Difahamkan, Chichkar pernah menghilangkan diri selepas satu kes penyeludupan pada 2021 dan dikesan berada di Thailand sebelum akhirnya dijejaki di Malaysia.

Baca: Kucing Ditangkap, Cuba Seludup Dadah Ke Dalam Penjara Di Costa Rica

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.