in

‘Raja Bomoh’ Dipanggil Pejabat Mufti WP, Sebab Buat Ritual Cari Wanita Hilang Di Tanah Jerlus

Raja Bomoh Buat Ritual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di lokasi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India semalam apabila individu yang dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin telah membuat ritual untuk mencari mangsa hilang di kawasan itu.

Menurut Malaysia Gazette, Ibrahim telah membuat demonstrasi renjisan ‘air berlaga’ di hadapan pengamal media sekitar jam 6.15 petang.


Bomoh

Tujuan kita datang nak membantu bukan nak kacau orang kerana saya tengok dah lima hari dalam You Tube dan Tik Tok orang cari tak jumpa.

“Tapi kalau saya bawa kelapa, bawa teropong nanti heboh terus. Saya bawa air belaga untuk dicurahkan kat bawah tu supaya dijauhkan daripada haiwan berbisa berbahaya dan dipermudahkan operasi.

“Kemudian ada kain dan kapas kita nak tenggok supaya tenggelam atau tidak, mudah- mudahan timbul. Saya datang ni bukan saja datang, orang tertentu arahkan saya datang,” katanya.

Hajatnya walau bagaimanapun tidak kesampaian kerana tidak benarkan oleh pihak berkuasa kerana faktor keselamatan.

Raja 1

Artikel berkaitan: “Biar kami tanggung risiko” – Aliran Air Deras, Anggota Bomba Tunjuk Situasi Ketika SAR Mangsa Tanah Jerlus

Artikel berkaitan: Mangsa Tanah Jerlus Masjid India Mungkin Berada Di Loji IWK Pantai Dalam

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bakal panggil Raja Bomoh 

Susulan insiden tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan memanggil Raja Bomoh di atas tindakan yang menimbulkan kegelisahan awam dan salah faham terhadap agama Islam dalam kalangan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata, Ibrahim kini masih di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 berikutan amalan ritual yang pernah dilakukannya sebelum ini.

B1Dd9Cdc B806 478A Bb16 0C9542Df1D1D

Kalau ada yang masih ingat, nama Raja Bomoh mula mendapat perhatian ramai apabila dia muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama dua biji kelapa dan teropong buluh untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Tak cukup dengan itu, pada Feb 2017, Ibrahim juga telah pergi ke Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur dan melakukan ritual ‘memagar negara’ daripada diserang Korea Utara.

51490105235 Rajabomohdatukibr

Ibrahim kemudian ditahan pada April 2017 oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan didakwa mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina agama Islam.

Dia yang diperintahkan untuk berkelakuan baik selama 6 bulan dan menjalani kelas akidah serta fardu ain oleh mahkamah telah membuat pengakuan taubat secara terbuka.

Haih macam-macam ya. 

Sumber: Malaysia Gazette, FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.