in

Raja Biskut Wally Amos Meninggal Di Usia 88 Tahun, Ini Kisah Jatuh Bangun ‘Famous Amos’ Yang Korang Tak Tahu!

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti TV Amerika, ahli perniagaan dan pengarang Wallace “Wally” Amos yang turut dikenali sebagai “Raja biskut” telah meninggal dunia di usia 88 tahun pada 15 Ogos 2024 ekoran mengalami komplikasi demensia.

Amos dikenali kerana mencipta jenama biskut terkenal, Famous Amos yang telah menjadi kudapan kegemaran ramai dari generasi ke generasi sehingga menjadi fenomena global.


Jadi sempena mengenang Wally Amos, apa kata kita tengok kisah jatuh bangunnya sepanjang mengendalikan perniagaan Famous Amos.

Siapa Famous Amos?

Wally Amos Creator Of Famous Amos Cookies Dies At 88

Wally Amos telah dilahirkan di Florida pada tahun 1936 sebelum berpindah ke Bandar New York di usia 12 tahun untuk tinggal bersama makciknya, Della. Amos telah berhenti dari sekolah namun berjaya mendapatkan sijil G.E.D ketika berkhidmat sebagai tentera udara.

Kemudian, pada tahun 1957, dia telah pulang ke New York untuk menyertai Agensi William Morris di mana dia telah bermula dari bawah iaitu sebagai penyusun surat sebelum menjadi ejen mencari bakat kulit hitam pertama dalam industri.

Amos telah mengendalikan jabatan rock ‘n’ roll di mana dia telah menaikkan nama Simon & Garfunkel dan bekerja dengan Diana Ross, Sam Cooke dan Dionne Warwick. Ketika bekerja sebagai ejen, Amos telah menggunakan biskut coklat cip untuk menarik perhatian talents yang ditemuinya bagi menandatangani perjanjian dengannya.

Pelancaran Famous Amos

15220927 Founder And Inventor Of Famous Amos Cookies Wally Amos Passes

Apabila kerjayanya sebagai ejen tidak berkembang seperti yang diharapkan, Amos telah mengambil keputusan untuk mengikuti nasihat rakan-rakannya. Dengan menggunakan wang sebanyak US$25,000 dari penyanyi Marvin Gaye dan Helen Reddy, Amos telah membuka kedai biskut pertamanya di 7181 Sunset Boulevard, Hollywood di Los Angeles California pada 1975.

Ketika pelancaran kedainya ini, Makcik Della yang merupakan inspirasi resipi biskutnya itu turut hadirkan diri tanda sokongan. Kedainya ini telah mendapat kejayaan yang luar biasa sehingga Syarikat Famous Amos telah berjaya menjual sebanyak US$300,000 biskut pada tahun pertama diikuti dengan jualan sebanyak US$1 juta pada tahun kedua.

Pada tahun 1982, keuntungan syarikat ini telah mencapai sebanyak US$12 juta. Jenama ini telah menjadi sangat popular sehingga ia telah membuka cawangan di dalam pasaraya dan langkah ini kemudiannya turut diikuti oleh jenama lain seperti Baskin-Robbins, T.G.I Fridays dan Starbucks.

Selain itu, kalau korang nak tahu, biskut Famous Amos ini merupakan biskut pertama yang dibuat untuk mampu tahan lama sehingga membolehkan mereka untuk jual di pasaraya tanpa ia menjadi basi.

Tak cukup dengan itu, bau dari biskut ini dan personaliti Amos yang disukai ramai juga turut menyumbang kepada kejayaannya. Gambar Amos memakai topi Panama dan senyuman yang lebar telah menjadi trademark Famous Amos.

Kejatuhan Famous Amos

Famosamos 1.Png

Tahun 1980-an menunjukkan kemajuan pesat Famous Amos sehingga pada tahun 1986 dia telah diberikan Anugerah Ahli Perniagaan Berjaya oleh Presiden Ronald Reagan di Persidangan White House. Dia juga turut muncul dalam beberapa sitkom seperti The Jeffersons dan Taxi.

Ekoran kejayaannya yang berkembang dengan cepat, Amos bergelut untuk bersaing dengan kejayaan tersebut sehinggakan pada 1985, dia dilaporkan mengalami kerugian sebanyak US$300,000. Pelabur syarikat ini turut campur tangan untuk menyelamatkan syarikat ini namun gagal.

Malah Amos terpaksa menjual rumahnya dan majoriti sahamnya kepada Bass Brothers Enterprises pada harga US$1.1 juta bagi menyelamatkan syarikatnya itu dari tutup.

Pemilik baru syarikat ini telah menambah perisa baru bagi memanjangkan lagi hayat biskut yang dikeluarkan dan menjual biskut ini sebagai jenama mampu milik. Pada tahun 1992, Presiden Baking Company telah membeli Famous Amos pada harga US$61 juta iaitu 55 kali lebih banyak dari apa yang Amos jual beberapa tahun sebelum ini.

Amos bangkit kembali

Famous Amos

Selepas gagal dalam perniagaan Famous Amos, Amos telah memulakan perniagaan baru iaitu The Uncle Noname’s Cookie Company ekoran nama Famous Amos telah di-trademark. 

Amos kemudiannya telah melancarkan Uncle Noname Gourmet Muffins yang merupakan muffin bebas lemak bersama Lou Avignone yang terinspirasi dari kisah Amos. Uncle Noname Gourmet Muffins kemudiannya bertukar menjadi Uncle Wally’s Muffin Company dan telah menjual di lebih 3,500 kedai di seluruh negara.

Amos kemudiannya mengembalikan biskutnya di bawah syarikat The Cookie Kanuha yang menjual biskut cip coklat original, biskut cip coklat dengan pecan dan biskut butterscotch dengan kacang macadamia.

Selain itu, Amos juga telah menjadi penasihat untuk sastera, menulis buku dan bercakap tentang kepentingan pendidikan. Sepanjang hidupnya, Amos telah menulis 10 buku termasuk buku bertajuk The Famous Amos Story: The Face That Launched a Thousand Chips dan terus memberikan kegembiraan pada orang sehingga akhir hayatnya.

Sumber: History

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.