Pemenang bagi pingat gangsa untuk Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal mendapat hadiah yang lumayan susulan meraih pencapaian baik dalam sukan badminton.
Sebuah jenama kenderaan, Chery Malaysia menerusi posting di Facebook mengumumkan tiga atlet negara tersebut akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas menggapai kejayaan dalam temasya yang diadakan di Paris itu.
Artikel berkaitan: “Apa salah saya” – Lee Zii Jia Menangis Semasa Ditemubual Wartawan, Luah Suka Duka Sebelum Genggam Pingat
Artikel berkaitan: “Bukan sekadar pingat gangsa” – Reaksi Rakyat Malaysia Lepas Kemenangan Aaron-Wooi Yik Buat Ramai Sebak
Chery Malaysia juga pada masa yang sama menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro.
Pengumuman itu mendapat pujian daripada netizen yang berharap atlet-atlet yang lain mengambil peluang ini sebagai pembakar semangat ini mendapat pingat di Sukan Olimpik Paris.
All the best kepada semua atlet-atlet kita yang beraksi di Sukan Olimpik Paris ini!
Sumber: Facebook, Astro AWANI