Pada 24 Julai lepas, atlet Taekwando Thailand, Panipak Wongpattanakit, berjaya meraih pingat emas pertama negara itu di Olimpik Tokyo selepas menewaskan atlet Sepanyol, Adriana Cerezo.
Atlet berusia 23 tahun disambut dengar meriah selepas tiba di Phuket. Dalam satu hantaran di Facebook The Nation Thailand, bapa Panipak, Sirichai turut hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan anaknya itu.

Sejurus melihat kehadiran bapanya, Panipak terus menghulurkan pingat emas yang dimenangi sambil melutut sebagai tanda penghargaan.
https://www.facebook.com/TheNationThailand/videos/245321914097120/
Bapanya kemudian mengambil pingat emas tersebut dan mengalungkan semula ke Panipak, sambil orang ramai memberi tepukan yang gemuruh.
Suasana mengharukan ini menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya memuji sikap Panipak yang merendah diri dan masih tidak melupakan orang tuanya.
Selepas memenangi pingat emas tersebut, Panipak menerima sejumlah 19 juta Baht (RM2,444,466), 12 juta Baht (RM1,543,873) dari Tabung Pembangunan Sukan Negara dan 7 juta Baht dari agensi swasta.
Kredit: The Nation Thailand
BACA: Olimpik Tokyo: Atlet Australia Dedah Guna Kondom Baiki Kayak, Berjaya Rangkul Pingat Emas & Gangsa

