in

Raih 7 Juta Tontonan ‘Live Stream’ Di Malaysia, Siapa Youtuber iShowSpeed Ni?

Ishowspeed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial sejak semalam mengenai personaliti internet dan seorang streamer yang dikenali sebagai iShowSpeed, yang diserbu ratusan peminat ketika berada di Malaysia.

Menerusi penstriman langsung di akaun YouTubenya yang dibuat semalam, Speed dikatakan meraih 7 juta tontonan dalam tempoh 2 jam!


Kedatangan Speed di Malaysia yang meriuhkan suasana di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur membuatkan segelintir netizen tidak memahami dan tertanya-tanya siapakah lelaki ini.

Macam mana iShowSpeed boleh jadi popular?

iShowSpeed atau nama sebenarnya Darren Jason Watkins Jr. antara streamer paling popular dari Amerika Syarikat yang lahir pada Januari 2005 di Ohio.

Dari usia muda, Speed sudah menunjukkan minat yang mendalam dalam permainan dan hiburan. Membesar dalam keluarga yang sederhana, Speed sering meluangkan masa dengan permainan video untuk melepaskan tekanannya.

Snapinsta.app 243959210 1706930629495674 48095046929421986 N 1080

Speed mula buka saluran YouTubenya pada tahun 2016, namun ketika itu dia jarang memuat naik video sehingga tahun 2019, barulah Speed memuat naik videonya secara konsisten.

Kandungan awalnya tertumpu pada permainan video yang popular ketika itu seperti Fornite dan NBA 2K. Keperibadian unik dan aksi spontan dan penuh bertenaga itu telah menjadi daya tarikan kepada penonton.

Speed mula dikenali ramai pada tahun 2020 susulan beberapa siri videonya yang tular. Sejak itu, videonya memperoleh berjuta-juta tontonan dan sedikit demi sedikit mengumpul berjuta-juta pengikut dan penonton setianya.

Artikel berkaitan: YouTuber Mukbang Hilang Lebih 100kg Senyap-senyap Dalam Tempoh 2 Tahun

Artikel berkaitan: YouTuber Dedah Sebab Apa Ramai Travel Vlogger Suka Buat Konten Tentang Malaysia

Selepas pengikutnya bertambah, Speed mula mempelbagaikan kandungan untuk dimasukkan dalam siarannya. Kerjasama Speed dengan YouTuber dan penstrim popular telah menaikkan ‘statusnya’.

Kejayaan iShowSpeed dalam dunia YouTube tidak hanya membuatnya terkenal, tetapi juga kekagumannya terhadap Cristiano Ronaldo semakin mengukuhkan popularitinya dalam kalangan peminat bola sepak.

Speed sering menunjukkan rasa kagumnya terhadap Ronaldo melalui kandungan-kandungan yang dia muat naik.

Snapinsta.app 354157298 778607397299483 7747614513747581139 N 1080

Personaliti Speed telah memberi impak yang mendalam dalam ‘budaya’ Internet. Gayanya yang bertenaga dan spontan itu telah membuatkan ramai yang ingin menjadi pencipta kandungan sepertinya.

Speed yang kini memiliki 30 juta langganan di YouTube secara tidak langsung telah mempopularkan trend pemainan video tertentu dan menjadi key figure dalam komuniti permainan video.

Walaupun ramai peminat, Speed juga tidak terlepas dengan kontroversi. Dia sering terlibat dalam situasi yang mengundang kritikan atau perhatian, termasuk konflik dengan pengguna lain dan isu-isu dalam kandungannya.

Momen ‘epik’ iShowSpeed di Malaysia

Sempena siri jelajahnya ke Asia Tenggara, Speed yang berkunjung ke ibu negara telah dikerumuni ratusan peminat yang menunggunya di sini.

Speed menerima baju batik dan gundam sebagai hadiah daripada peminat. Ini antara momen yang menjadi tular ketika Speed buat siarang langsung semalam.

1. Hampir tercekik makan durian

Speed juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba buah durian yang menjadi antara buah paling popular di sini.

Speed dilihat membayar durian yang dibeli sebanyak USD$42 (RM178.30) untuk sebekas di sebuah gerai yang dikunjunginya.

Sewaktu menyuap seulas durian tersebut dia kelihatan seperti menyukai buah itu dan terus memakannya.

Namun apa yang mencemaskan, ketika memakan buah durian, Speed kelihatan hampir tercekik apabila mula memegang leher. Mujur, dua pengawal yang berada di sisinya segera menepuk belakang badan untuk mengeluarkan durian tersebut.

2. Berkali-kali sebut ‘sabar’

Speed juga tidak menduga sambutan daripada peminatnya sehingga berlaku sedikit kekecohan sehingga terpaksa meminta para peminatnya agar bersabar.

3. Restoran Uncle Roger terpaksa tutup!

Speed juga sempat singgah di Pavilion Bukit Bintang untuk menjamu selera di restoran milik YouTuber dan pelawak, Nigel Ng yang lebih popular dengan panggilan Uncle Roger.

Namun, sekali lagi berlaku insiden yang tidak diduga sehingga pihak restoran terpaksa menutup pintu untuk menghalang peminat daripada mengganggu ketenteraman orang awam yang sedang menjamu selera di restoran tersebut.

4. Selamba beli Rolex di Petaling Street

Speed yang berjalan-jalan di sekitar Petaling Street telah tertarik dengan sebuah kedai menjual pelbagai jenama jam.

Dalam satu video tular, Speed telah mencuri perhatian netizen apabila dia begitu teruja melihat jam jenama Rolex yang dijual dengan harga sangat murah.

Peniaga tersebut meminta RM120 daripada Speed, namun dia telah memberikan USD120 yang kira kira RM510.

5. Terkesima dengan kesedapan burger Ramly

Sebagai pelancong, dia juga tidak ketinggalan untuk mencuba beberapa makanan jalanan dan salah satunya ialah burger kebanggaan rakyat Malaysia, burger Ramly.

Speed yang memesan burger daging special yang disediakan oleh seorang peniaga terkesima ketika pertama kali merasai burger tersebut dan terus memberikan rate 9.5 daripada 10.

Secara ringkasnya, iShowSpeed terus aktif dalam dunia penstriman dan media sosial, menyajikan kandungan luar biasa yang sering kali mengejutkan para pengikutnya.

Sumber: Medium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.