Penyanyi popular, Aina Abdul telah memenangi Vokal Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 versi media sosial.
Penyanyi yang cukup terkenal dengan kekuatan vokal itu meraih undian tertinggi apabila berjaya mendapat hampir 30,000 undian peminat.
“Menerusi undian itu, Aina sekali gus memperkukuhkan statusnya sebagai antara bintang berpengaruh dalam pertandingan AJL.”
Artikel berkaitan: “Saya akan terus bekerja keras” – Aina Abdul Sedih Dengan Dakwaan Man Bai, Dikatakan Tak Ada ‘Killer Song’
Jumlah keseluruhan 40,000 undian dikumpulkan dari pusingan 1 hingga 3, manakala pusingan akhir mencatatkan 32,000 undian.
Difahamkan, undian versi media sosial ini telah berlangsung dari 22 hingga 30 Januari 2025 menerusi Instagram Story TV3 Malaysia.
Namun, undian ini hanya bertujuan untuk keseronokan dan tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar di AJL39.
Sementara itu, penyanyi Nadeera yang tampil buat pertama kali di pentas AJL39 juga dijangka memberi persaingan sengit menerusi kategori Vokal Terbaik selain Hafiz Suip, Marsha dan Ernie Zakri.
Untuk info, sebanyak 10 buah lagu bakal bersaing iaitu Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah, Nadeera Zaini (Bukan Lagi Kita), Amir Masdi (Sengaja), Akim and The Majistret (Saksama), Hafiz Suip (Bersinar) dan Masdo feat Aisyah Aziz (Pujaanku).
Selain itu, Marsha Milan menerusi lagu Hening Rindu, Ernie Zakri (Aura), Hael Husaini (Diam), serta Benzoloo, Ghidd Isabatos, Meerfly, Tuju dan MK K-Clique (Risiko).
Malam kemuncak AJL39 akan berlangsung pada 16 Februari depan bermula 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sumber: mStar