in

Raih 13.9 Juta Tontonan Di TikTok, Gadis OKU Jual Burger Bukti Kekurangan Bukan Penghalang

eerah 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda pengguna tegar TikTok sejak PKP dulu, anda pasti kenal gadis OKU (Orang Kelainan Upaya) yang pernah viral menjual biskut cornflakes di aplikasi itu. Sampai saat ini, dia tetap menceburi bidang perniagaan dengan menjual burger di Kota Warisan Sepang.

Memetik laporan Sinar Harian, Jaheerah Nadzri atau lebih mesra dengan nama Eerah sering berkongsi video dia sedang masak burger untuk pelanggan. Kini video-videonya di TikTok menjadi viral sehingga menarik lebih 13.9 juta jumlah tontonan.


eerah 3
Sumber: TikTok Eerah

Eerah juga seringkali memuat naik video aktiviti hariannya beriadah dan bersiap untuk membuka kedai sambil ditemani bapa kesayangan, Nadzri Abd Majid.

Dengan kekurangan yang ada, ramai warganet sangat kagum dengan Eerah yang pandai berdikari dan mampu menjana pendapatan sendiri.

Artikel berkaitan: “Pengorbanan seorang ibu!” – Wanita Berniaga Nasi Lemak RM1, Kuat Walaupun Sarat Mengandung

Artikel berkaitan: “Sangat matang” – Netizen Puji Pasangan Muda Kerja Keras Walaupun Isteri Sedang Mengandung

Sebagai bapa yang baik, Nadzri juga sangat menjaga keperluan Eerah dan menggalakkan anaknya untuk bekerja sendiri kerana lebih tahu tahap keupayaan anaknya itu.

Dia tidak pernah makan gaji sebab tiada kelulusan tapi yang utama disebabkan keadaan fizikalnya yang memerlukan bantuan orang sekeliling.

Tambah Nadzri, dia sukar untuk melepaskan Eerah bekerja dengan orang lain kerana tahu anaknya tidak boleh melakukan kerja berat. Oleh itu, dia memberi sokongan sepenuhnya apabila Eerah sendiri mahu berniaga burger.

Nadzri mengaku kemampuan Eerah agak terbatas kerana tidak boleh memandu kereta sendiri dan sukar berkomunikasi dengan orang lain.

“Dia ada masalah pengangkutan kerana tidak boleh bawa kenderaan sendiri, untuk berkomunikasi dengan orang pun payah.

Akan tetapi, Nadzri berharap agar Eerah dijodohkan dengan orang yang boleh menjaganya dengan baik apabila dia sudah tiada.

“Jika pak cik dah tak ada, harap ada jodoh yang boleh jaga dia. Kalau dia boleh berdikari cari pendapatan, ada rumah sendiri pun pak cik dah lega”

Dia juga sentiasa berpesan kepada anak-anak yang lain untuk menjaga kebajikan Eerah sekiranya umur tidak panjang.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.