Pelakon terkenal Bollywood Priyanka Chopra dan Sonam Kapoor kini menjadi kecaman utama bagi warganet di India, mereka dilabel sebagai hipokrit kerana menyokong gerakan Black Lives Matter yang kini sedang menjadi bualan hangat seluruh dunia.
Kecaman itu bermula apabila dia menzahirkan rasa simpati sebagai tanda sokongannya terhadap kempen itu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Masalah perkauman di India tak nak pula ambil tahu”
https://www.instagram.com/p/CAx5P_njP-S/?utm_source=ig_embed
Kritikan di media sosial itu berlaku kerana sikap selebriti Bollywood yang sangat selektif untuk menjadi aktivis, bagi warganet disana kes ketidakadilan yang dilalui oleh golongn minoriti di India jauh lebih teruk.
Ada netizen mula ungkit dan rujuk Sonam Kapoor sebagai salah seorang selebriti tersebut.
https://twitter.com/KashFida/status/1267461493974396928?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1267461493974396928&ref_url=https%3A%2F%2Fnextshark.com%2Fpriyanka-chopra-sonam-kapoor-selective-activism-blm%2F
Nama kedua-dua pelakon ini menjadi buruan netizen kerana mereka pernah menjadi ambassador untuk produk cerahkan kulit. Bagi rakyat India, tindakan memutihkan kulit akan dikecam kerana kulit gelap itu dikatakan kebanggaan dan simbolik buat mereka.
Walaupun Chopra sebelum ini menzahirkan rasa bersalahnya terhadap kempen cerahkan kulit sebelum ini, dia masih diejek setelah suaminya, penyanyi Nick Jonas, masuk ke Twitter untuk mengatakan bahawa mereka mengambil sikap menentang “perkauman, ketaksuban dan pengecualian.”
Kutukan itu dibuat kerana mereka menyatakan Chopra tidak pernah membuat pendirian serupa terhadap “perkauman sistemik” India.
Muslim adalah agama minoriti di India, mereka adalah antara golongan yang paling teraniaya.
Malah bintang Bollywood, Abhay Deol, menentang selebriti India yang terlalu woke up dengan aktivisme tertentu.
https://www.instagram.com/p/CA9S7UhJlVC/?utm_source=ig_embed
Baca : “Saya seorang patriotik” – Priyanka Chopra Dilabel Hipokrit Sokong Perang India & Pakistan