in

Puteri Sarah Pinjamkan Guard Untuk Bella Astillah Sebab Risau

ft bella puteri sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, mengaku yang dia meminjamkan seorang pengawal peribadi untuk menemani Bella Astillah di Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.

Katanya, ia bertujuan memastikan keselamatan Bella sepanjang berada di Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Artikel berkaitan : Hadir Ke Mahkamah Untuk Bagi Sokongan, Syed Saddiq Anggap Bella Astillah Wanita Luar Biasa

Artikel berkaitan : Hadir Ke Mahkamah Untuk Bagi Sokongan, Syed Saddiq Anggap Bella Astillah Wanita Luar Biasa

Screenshot 2025 03 20 172950

“Iya, itu ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) saya dan anak-anak. Memang betul saya pinjamkan dia untuk temani Bella.

Katanya, ia bukan sahaja sebagai pengawal peribadi, individu tersebut juga turut memainkan peranan sebagai seorang pemandu.

“Saya tidak mahu komen banyak-banyak, cukup jika kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan.         

“Beliau ditugaskan menjaga saya dan anak-anak. Dia yang hantar saya pergi ‘shooting’ dan anak-anak ke sekolah.”   

Katanya tujuan dia mengupah pengawal peribadi ini adalah disebabkan rasa bimbang dengan kes penculikan yang dilihat semakin kerap terjadi.

Sumber: Berita Harian    

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.