in

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan, NSRC Kini Diterajui PDRM Sepenuhnya

ft nrsc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan atau National Scam Response Centre (NSRC) kini diterajui sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta merta.

Perkara tersebut diumumkan menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini dengan perkara tersebut telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua minggu lalu.


Tambahnya lagi pada sidang akhbar baru-baru ini, talian kecemasan 997 yang khusus untuk aduan scam itu kini diaktifkan 24 jam sehari dan beroperasi tujuh hari seminggu dan menerusi penstrukturan NSRC ini, setiap panggilan dan aduan yang diterima akan dijadikan laporan polis.

518370917 1163293669162237 6930591258683775306 n

Sebelum ini, NSRC dipertanggungjawabkan kepada beberapa agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan PDRM.

Tambah menteri lagi, NSRC menerima 500 aduan berkenaan scam setiap hari secara purata dan setakat ini kerugian yang dilaporkan adalah mencecah RM1.5 bilion, menurut data yang dikongsikan oleh Majlis Sosial Negara.

Sebagai persediaan, NSRC akan dibantu oleh 139 perjawatan selain akan mempunyai pejabat, pusat operasi sendiri yang kini masih berpusat di BNM.

Sumber: KDN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.