Baru-baru ini, usahawan kosmetik Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didakwa enggan melunaskan hutang mencecah lebih RM1 juta.
Difahamkan, hutang itu melibatkan kontraktor yang diupah untk mengubah suai kilangnya yang terletak di Ipoh, Perak.
Artikel berkaitan: Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta, Aset Milik Datuk Vida Termasuk 4 Buah Kereta Mewah Bakal Dilelong
Artikel berkaitan: “Dream house Cik B” – Dato Vida Kongsi Video ‘House Tour’ Rumah Cik B Di Barcelona
Terbaru, sebanyak 727 barangan peribadi milik Datuk Seri Vida telah dirampas dan ditanda untuk dilelong bagi menjelaskan hutang tertunggak sebanyak RM1,060,285 itu.
Menurut laporan The Star, antara barangan usahawan itu termasuklah piano jenama Kawai, punching bag, Nintendo Switch, PlayStation 5 serta lampu gantung (chandeliers).
Selain itu, ada juga barangan perabot rumah seperti sofa, jam serta pasu bunga. Malah, dalam senarai itu juga termasuk empat buah kereta iaitu 3 Toyota Vellfire serta 1 BMW.
Proses rampasan itu berlaku di banglonya di Meru Heights pada Isnin, 25 November lalu dan mengambil masa kira-kira lima jam.
Difahamkan, serbuan tersebut dijalankan di hadapan plaintif, Mohammad Taufik Kamarul dan peguam Samir Zainal, ia turut disertai pihak polis yang hadir bagi menyelia prosiding.
Sumber: The Star