in

Puncak Sebuah Bukit Di China Dicat Warna Putih Ala Gunung Fuji Di Jepun Tarik Perhatian Ramai

bukit di china menyerupai gunung fuji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kawasan tarikan pelancongan di wilayah Hebei, China telah menjadi perhatian warganet negara itu baru-baru ini.

Ini kerana sebuah bukit kecil yang terletak di kawasan pelancongan tersebut telah dicat warna putih pada bahagian puncaknya kerana mahu menyerupai seakan tarikan popular di Jepun iaitu Gunung Fuji.


Menurut laporan South China Morning Post, kawasan tarikan pelancongan itu mengenakan bayaran sebanyak 98 yuan (sekitar RM57.38) kepada setiap pengunjung.

Kawasan tersebut turut mempunyai tarikan yang lain juga seperti OOTD spot dan kuda putih.

Apa yang menjadi perdebatan netizen negara itu ialah apabila pengunjung kawasan itu perlu membayar harga yang agak mahal untuk bergambar dengan “Gunung Fuji” di situ sedangkan Gunung Fuji yang sebenar di negara Jepun tidak mengenakan bayaran untuk pelancong bergambar.

6

Artikel Berkaitan: JAKIM Arah Tarik Semula Produk Makanan Indonesia Dikesan Ada DNA Babi

Artikel berkaitan: JAKIM Kaji Cadangan Wajibkan Restoran Di Malaysia Ada Sijil Halal

Rata-rata warganet negara China menasihatkan pengunjung yang mahu berkunjung ke kawasan pelancongan itu agar tidak tertipu kerana menurut mereka, kawasan tersebut tidak sama seperti apa yang diiklankan dalam gambar.

Sumber: South China Morning Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.